Sesi Konsultasi Peperiksaan Percubaan SPM 2017

 29 September 2017, Gambar-gambar sekitar sesi Konsultasi Peperiksaaan Percubaan SPM yang berlangsung di Dewan Al-Aqsa.

Mesyuarat Khas Laluan Akademik bersama BPSBPSK

 28 September 2017, Pengurusan SBPI Rawang telah bersama dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh En.Anuar Adnan KPP SPA bersama Pegawai-pegawai BPSBPSK bertempat di Bilik Mesyuarat SBPI Rawang. Pelbagai input dikongsikan oleh En Anuar bagi melonjakkan kecemerlangan Akademik sekolah.

Majlis Perpisahan Sensei Shiori Yamashita

 28 September 2017, Bagi menghargai jasa dan sumbangan Sensei Shiori yang akan menamatkan program di SBPI Rawang, pihak sekolah telah mengadakan majlis bertempat di Dewan Al-Aqsa. Pada majlis ini juga, beliau telah diberi kesempatan untuk memberi ucapan terakhir serta berkongsi pengalaman beliau sepanjang berada di SBPI Rawang.

Wacana Ilmu: Erti Sebuah Kemerdekaan

 13 September 2017, Sekitar majlis Wacana Ilmu yang diadakan bertempat di Masjid Al-Qadisiah, SBPI Rawang sempena Bulan Kemerdekaan. Ceramah telah disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Abd Razak b Hj. Kechik.

Hari Terbuka Asrama

 9 September 2017, Majlis Warden telah menganjurkan Hari Terbuka yang bertujuan mengeratkan hubungan ibubapa, guru serta ahli dorm Aspura dan Aspuri. Program bermula di Masjid Al-Qadisiah dan semua ibubapa serta murid masuk ke Asrama.

Majlis Ibadah Qurban

 3 September 2017, SBPI Rawang telah menganjurkan majlis ibadah qurban bertempat bersebelahan Dewan Al-Aqsa. Penyertaan ibubapa, guru, kakitangan serta masyarakat setempat amat menggalakkan dengan 7 ekor lembu telah ditumbangkan pada hari ini.

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI