Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2015

Mesyuarat Agung Koperasi SEPINTAR

Imej
 29 Jun 2015, Mesyuarat yang telah diadakan di Dewan Al-Aqsa berjalan lancar dan mengikut perancangan. Pada mesyuarat pembentangan penyata kewangan serta kedudukan kewangan koperasi telah di buat oleh ALK Koperasi. Agenda terakhir mesyuarat adalah perbincangan usul dari ahli yang hadir. Semoga Koperasi SEPINTAR terus maju jaya.

Perhimpunan Bulanan Jun 2015

Imej
 26 Jun 2015, Bidang Teknik dan Vokasional telah diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia perhimpunan bulanan kali ini yang merupakan agenda bulanan SEPINTAR. Pn Kairulafdzar bt Ahmad Shah, GKMP Teknik dan Vokasional telah menyampaikan laporan bulanan dan disusuli ucapan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SEPINTAR. Perhimpunan berjalan lancar dengan beberapa penyampaian hadiah serta sumbangan kepada individu-individu tertentu. 

Kunjungan Delegasi Kedutaan Thailand

Imej
 23 Jun 2015, SEPINTAR telah menerima kunjungan delegasi dari Kedutaan Thai yang telah turut mengadakan pertemuan bersama semua murid tajaan di SEPINTAR. Sesi soal jawab antara murid dan delegasi turut diadakan di Bilik Mesyuarat. Delegasi ini telah turut menyampaikan sumbangan dan hadiah sempena Ramadhan kepada semua murid tajaan.

SEPINTAR Unggul di IYIA 2015 (International Young Inventors Award), Jakarta

Imej
 Pasukan R&D SEPINTAR melakar satu lagi kejayaan di peringkat antarabangsa apabila berjaya mendapat 2 anugerah emas 1 anugerah perak dan satu anugerah khas juri dalam IYIA 2015 (International Young Inventors Award) bertempat di Universitas Negeri Jakarta Indonesia , 6 Jun - 9 Jun 2015. Tahniah kepada semua murid-murid yang terlibat. Semuga kejayaan -kejayaan yang dirangkul menjadi pembakar semangat kepada murid-murid lain.

LAWATAN PENANDAARASAN KE INSITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

Imej
 4 Jun 2015, Pegawai Khidmat Pelaksana SBPI Rawang telah membuat kunjungan Lawatan Penandaarasan ke Stor Utama IAB Cawangan Genting Highlands bagi membantu pelaksanaan latihan dalaman PKP pada 8-10 Jun 2015 iaitu Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak IAB yang sudi menerima kunjungan kami dan memberikan info terkini mengenai sebahagian pengurusan IAB induk yang telah dipindahkan ke ENSTEK. Rombongan telah diketuai oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SEPINTAR.