Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009
Imej
Prodigy edisi ke 6 telah terbit! kepada bekas pelajar tingkatan 5 tahun 2008 boleh mendapatkan naskhah masing-masing di pejabat sekolah.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)

Imej
Pada4 dan 5 April 2009 seramai 45 orang guru yang menganggotai Jawatankuasa Kurikulum Sepintar telah mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di Cameron Highlands. Kursus yang bertajuk "Pengurusan Strategik P&P Cemerlang" telah selamat dijalankan selama dua hari satu malam. Dalam kursus ini guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bidang masing-masing iaitu Bidang Kemanusiaan, Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Bidang Teknikal. Mereka dikehendaki merangka perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang bagi setiap panitia mata pelajaran yang bermatlamatkan kecemerlangan akademik pelajar dan juga kecemerlangan budaya kerja guru. Kesempatan ini juga telah diambil oleh para guru untuk melawat kawasan pelancongan di sekitar Cameron Higlands. Selain berkursus, para guru-guru juga berpeluang untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara satu sama lain serta dapat berkenalan dengan anggota keluarga masing-masing kerana sebahagian guru yan...