Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Bil 2/2014 peringkat sekolah
28 Februari 2014, Bidang Bahasa telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Perhimpunan Bulanan kali ke-2 di Bilik Seminar. Pada perhimpunan kali ini, En Mohd Zamri bin Abu Zarin, GKMP Bahasa melaporkan aktiviti SEPINTAR sepanjang Februari. Di majlis ini juga Tn Hj Addenan bin Osman, Pengetua SEPINTAR turut menyampaikan hadiah kepada kakitangan dan guru yang menyambut harijadi di bulan Februari.
Perlawanan Persahabatan The Dribblers menentang Pasukan 4S
20 Februari 2014, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR, The Dribblers telah menjalani perlawanan persahabatan bertempat di SMK Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya. Walaupun pasukan SEPINTAR yang tiba sedikit lewat dari jadual berikutan masalah pengangkutan namun itu tidak menghalang pasukan The Dribblers mempamerkan permainan yang baik. Kedua-dua pasukan B-15 dan B-18 SEPINTAR berjaya menewaskan Pasukan 4S. Perlawanan ini diharapkan akan meningkatkan moral dan keyakinan pemain.
Kejayaan Pasukan SEPINTAR di Kejohanan Memanah MSS Selangor 2014
Sememangnya kejuaraan ini adalah milik Ainul Mardiyah Roslan Hakim
setelah beliau memberikan pertarungan
yang sangat sengit dan mendebarkan dalam Kejohanan Memanah MSSS di SMS Hulu
Selangor yang telah berlangsung selama 5 hari bermula 17 Februari -21 Februari 2014
Syabas Ainul!!
Seramai 8 orang
pemanah SEPINTAR dalam pelbagai kategori telah mewakili daerah Gombak
dalam kejohanan ini. Ada 9 daerah yang bertanding dalam kejohanan ini menjadikan seramai 126 orang pemanah
kesemuanya. Setiap pemanah perlu melepaskan sebanyak 144 batang anak
panah untuk melengkapkan 4 jarak panahan yang berbeza untuk setiap
kategori. Selain itu pemanah juga
berpeluang untuk menyertai pusingan olimpik secara individu dan berkumpulan.
Alhamdulillah, semua pemanah SEPINTAR layak untuk menyertai pusingan Olimpik
Individu. Hanya 32 orang pemanah terbaik setiap kategori layak untuk bertanding
dalam pusingan olimpik ini. Pemanah-pemanah SEPINTAR telah memberikan persaingan yang
sangat sengit dalam kesemua kategori pertandingan. Pada kejohanan ini SEPINTAR telah berjaya membawa pulang
2 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa menjadikan jumlah kesemua
pingat adalah 17 buah.
2 orang guru Memanah SEPINTAR telah dilantik oleh Daerah Gombak sebagai Jurulatih Daerah. Puan
Rosila Amat Kamari adalah Jurulatih Daerah Gombak bagi kategori Perempuan Bawah
15 Tahun. Manakala Cik Azlina Abdullah adalah Jurulatih daerah Gombak bagi
kategori Perempuan Bawah 18 Tahun. Cik Azlina juga merupakan
Hakim pertandingan memanah semasa Kejohanan Memanah MSSD Gombak
tempohari.
Pasukan Memanah SEPINTAR
dilatih di bawah Kelab HAFA Archery di bawah bimbingan Puan Faridah
Osman dan Encik Muhammad Hazwan bin Abdul Hamid.
Kategori Bawah
18Tahun Lelaki
1. NUR
EZAIDI BIN AHMAD JAILANI ….selaku Ketua Pasukan
·
Tempat ke4 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke4 berkumpulan
2. MUHAMMAD
NAJMI BIN RISDAN
·
Tempat ke4 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke4 berkumpulan
Kategori Bawah
18Tahun Perempuan
1
PUTERI EZREEN SYARIHAH BT MEGAT OSMAN
·
Tempat ke3 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke3 berkumpulan
2. AFIFA NUR ATIKA BT ABDUL GHANI AZIZI
·
Tempat ke3 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke3 berkumpulan
Kategori Bawah
15Tahun Lelaki
1, MUHAMMAD NABIL BIN OTHMAN
• Johan
Olimpik berpasukan
• Tempat ke2 berkumpulan
Kategori Bawah
15Tahun Perempuan
1. NURRIZATUL
NAJWA BT MUHAMMAD SALIHIN
·
Tempat ke2 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke3 berkumpulan
2
WAN SOFIYA BT WAN AZHAR
·
Tempat ke2 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke3 berkumpulan
3
AINUL MARDIYAH BT ROSLAN HAKIM
·
Tempat ke2 Olimpik berpasukan
·
Tempat ke3 berkumpulan
·
Johan Pusingan Olimpik Individu
Adalah diharapkan Sukan Memanah, sukan yang diunjurkan
oleh Nabi kita selain berkuda dan berenang
terus bersinar dan mekar di SEPINTAR.
Doakan kejayaan di Kejohanan Memanah SBP
yang akan berlangsung pada April
ini di SMS Teluk Intan dan juga
kejohanan Memanah Dalam Dewan Terbuka
UnisZa di Terengganu pada Mac nanti. Mohon doa
agar pemanah-pemanah SEPINTAR akan dapat meraih kejayaaan lagi dan lagi
dan lagi..
Majulah Sukan Memanah untuk SEPINTAR
Taklimat Pengisian (SKPM 2013) Tawaran Baru Pengetua SBT KPM.
11 Februari 2014, SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Taklimat Pengisian (SKPM 2013) Tawaran Baru Pengetua SBT KPM. Taklimat telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat penganjuran.
Larian SEPINTAR 2014
8 Februari 2014, SEPINTAR telah menganjurkan Larian SEPINTAR yang merupakan acara tahunan dan trek pada tahun ini adalah sekitar Bandar Tasik Puteri. Semua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan Rumah Merah telah muncul sebagai Juara Keseluruhan. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menyertai larian ini.
Program Senamrobik 1M1S Peringkat Sekolah
8 Februari 2014, Program ini yang diadakan serentak dengan Larian SEPINTAR merupakan salah satu usaha pihak sekolah dalam mempromosikan cara hidup sihat melalui senamrobik. Senamrobik telah diadakan bertempat di Dataran Terbuka dan disertai semua warga SEPINTAR.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...

