> SBPI Rawang: April 2012

Sabtu, 28 April 2012

PROGRAM CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA (CIPS KPS) KELAB PENGGUNA SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2012

4 April 2012, SEPINTAR telah menghantar peserta bagi menyertai program yang telah diadakan bertempat di Pusat Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Program ini telah disertai oleh 25 buah sekolah dari Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Pasukan SEPINTAR telah menduduki tempat ketiga Negeri Selangor. Secara keseluruhannya pertandingan ini telah dapat memberi pengalaman kepada pelajar tentang bagaimana pertandingan ini di jalankan. Melalui program ini, pelajar dapat mengembang daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan. Tahniah.
 

Jumaat, 27 April 2012

Makan Beradab Keluarga SEPINTAR

 26 April 2012, Makan Beradab Keluarga SEPINTAR telah diadakan buat julung kalinya di Dewan Makan SEPINTAR. Antara objektif program ini adalah meraikan pelajar-pelajar baru sebagai warga SEPINTAR, meraikan kejayaan dan kecemerlangan PMR dan SPM yang lalu, mengeratkan hubungan antara guru, kakitangan dan pelajar serta membina kepimpinan pelajar melalui majlis yang diuruskan oleh pelajar. Majlis kali ini dikendalikan oleh ahli Rumah Biru.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk PBS


 26 April 2012, Taklimat umum mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah disampaikan oleh Jurulatih Utama Bahasa Melayu, Pn Solehah di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini juga memaklumkan mengenai penubuhan Jawatankuasa PBS peringkat sekolah. Kehadiran mesyuarat ini adalah semua guru tingkatan 1, KP, KB, Penolng-penolong Kanan dan Pengetua.



Khamis, 26 April 2012

Lawatan Pemantauan Tawaran Baru 2012

 25 April 2012, Sekali lagi SBPI Rawangdidatangi oleh beberapa orang dari jemaah Nazir untuk membuat pemantauan berkenaan "New Deal" atau Tawaran Bai'ah untuk Pengetua. Pemantauan akan dibuat berdasarkan tahun 2011. Aspek pemilihan adalah berdasarkan kepada penilaian SKPM dan juga nilai GPS sekolah bagi peperiksaan PMR dan SPM.
Bagi aspek pemantauan pula, pihak Jemaah nazir akan membuat pemantauan berkaitan sistem perfailan panitia, kewangan, bilik-bilik khas, buku rancangan mengajar guru, pemantauan guru mengajar dan juga beberapa aspek yang ditentukan.
Untuk makluman, pada tahun lepas,SBPI Rawang telah berjaya mendapat "New Deal".. Semoga tahun ini, sekali lagi SBPI Rawang  berjaya mendapat tawaran tersebut yang memberi imbuhan berupa kewangan kepada guru besar dan juga guru-guru.

Selasa, 24 April 2012

Program Amali Sembelihan

 22 April 2012, Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah menjalani Program Amali Sembelihan yang telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam bertempat di perkarangan Dewan Al-Aqsa. Program dimulakan dengan taklimat yang dikendalikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki disusuli dengan amali oleh pelajar yang terlibat. Program ini diadakan bersempena Minggu Pendidikan Islam yang sedang berlangsung.


Isnin, 23 April 2012

Minggu Aspirasi Ummah

 19 - 21 April 2012, Unit HEM telah menjalankan program yang merupakan program tahunan bagi mengetengahkan bakat serta memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar. Program ini juga sebagai salah satu saluran kepada pelajar untuk bersantai disamping menimba ilmu yang diketengahkan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program adalah Pertandingan Futsal, Penyampaian Tazkirah, Pertandingan Nasyid, Azan & Iqamat, Pertandingan Pidato Kreatif, Pertandingan Karaoke, Pertandingan Sketsa, Pertandingan Imej Srikandi Muslimin dan Tautan Kasih.

Jumaat, 20 April 2012

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

 18 April 2012, Semua Unit Beruniform SEPINTAR telah menyertai Pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pertandingan yang pada mulanya diadakan di Dataran SEPINTAR terpaksa diubah lokasi ke Dewan Al-Aqsa memandangkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Semua pasukan yang mengambil bahagian telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam pertandingan ini.

Khamis, 19 April 2012

Hari Kebudayaan Bahasa Perancis

12 - 14 April 2012, Panitia bahasa perancis telah menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Perancis Peringkat Borneo yang telah diadakan di SM Sains Kuching, Sarawak. pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program itu. Pelajar SBP Integrasi rawang telah memenangi beberapa pertandingan iaitu:

1. Pertandingan Melukis Monumen di Perancis.( tempat ketiga)
2. Pertandingan Virelangue (  tongue twister) (tempat ketiga)
3. Pertandingan "Jeu Concours" (tempat ketiga)
4. Pertandingan Mot-croisés  ( tempat kedua)
5. Pertandingan "maitre de conjugaisons" ( johan)

--
Laporan oleh
Asma Zohori, Guru Bahasa Perancis

Isnin, 16 April 2012

Kejohanan Taekwondo Moo Duk Kwan Terbuka Gombak

 14 April 2012, SEPINTAR telah menjadi penganjur bersama kejohanan yang telah diadakan di Dewan Al-Aqsa.

Pesta Pantun peringkat Daerah Gombak

 12 April 2012, SEPINTAR sekali lagi dipilih untuk menjadi Tuan Rumah Pesta Pantun dan Pasukan Pantun SEPINTAR juga telah menyertai pertandingan ini. Format baru pertandingan telah menyukarkan pasukan untuk bersaing namun pengalaman ini berguna untuk meningkatkan tahap pasukan pada masa akan datang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP