> SBPI Rawang: Oktober 2011

Isnin, 31 Oktober 2011

Jamuan Lembaga Kepimpinan Pelajar SEPINTAR

30 Oktober 2011, Satu majlis jamuan telah diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan barisan LKP serta guru-guru LKP bertempat di Restoran D' Manggis Kuang. Jamuan yang berkonsepkan steamboat dan grill turut dimeriahkan dengan persembahan oleh pelajar sendiri.

Khamis, 27 Oktober 2011

Fire Drill Asrama

26 Oktober 2010, Penghuni-penghuni Asrama SEPINTAR telah dikejutkan dengan bunyi siren kebakaran pada jam 3 pagi bagi menandakan satu latihan kebakaran sedang berlangsung. Program ini diharapkan agar dapat meningkatkan tahap kesediaan penghuni-penghuni asrama bagi menghadapi situasi sebenar.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Kuiz Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan 2011



20 Oktober 2011, SEPINTAR telah menjalankan dengan jayanya Kuiz Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat Akhir Sekolah Menengah Negeri Selangor. SEPINTAR telah dipilih sebagai Tuan Rumah untuk pertandingan ini dimana Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan penganjurnya dengan kejasama Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. SBPI Sabak Bernam telah muncul Juara Kuiz pada tahun ini.

Isnin, 17 Oktober 2011

Kem Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM


13 Oktober 2011, SEPINTAR telah menjadi Tuan Rumah untuk Program Kem Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM 2011. Peserta-peserta kem terdiri dari calon-calon SPM sekitar Gombak dan Kem ini telah dianjurkan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Gombak (PPD Gombak). Diharapakan dengan penganjuran kem ini dapat melonjakkan pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam di Daerah Gombak.



Sabtu, 8 Oktober 2011

Mesyuarat Kuiz Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan 2011


7 Oktober 2011, SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Pertandingan Kuiz Bahasa Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Separuh Akhir/Akhir Peringkat Sekolah Menengah Negeri Selangor. Mesyuarat yang di pengerusikan oleh Pn Hjh Senaini bt Long adalah untuk membincangkan mengenai Ahli Jawatankuasa yang terlibat serta peraturan kuiz. Pertandingan yang dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2011 ini merupakan anjuran Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama JPN Selangor dan PPD Gombak.

Isnin, 3 Oktober 2011

Doa Selamat Pn Roslina dan Pn Siti Haida

3 Oktober 2011, Satu majlis ringkas telah diadakan di Bilik Guru bagi mendoakan dua orang guru SEPINTAR yang akan bertolak dan mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci. Doa selamat telah dibacakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki dan kami semua mendoakan keselamatan pergi dan pulang semoga mendapat haji yang mabrur.

Sabtu, 1 Oktober 2011

Jamuan Kelas Elit SEPINTAR

30 September 2011, Majlis Jamuan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar Kelas Elit telah diadakan bertempat di Zam-Zam Reasturant, Shah Alam. Pn Hjh Senaini Long telah meluangkan masa bagi menghadiri jamuan ini bersama-sama barisan Pentadbir SEPINTAR. Beliau telah turut menyampaikan ucapan serta amanat kepada pelajar-pelajar kelas ini. Kelas Elit merupakan projek rintis SEPINTAR ke arah pencapaian cemerlang SPM 2011.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP