Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Senarai Calon dan Senarai Keperluan Temuduga Murid Tingkatan 1 TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) SBPI Rawang

SBPI Rawang akan mengendalikan temuduga tersebut mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 1-4 Disember 2014 Masa : 8 pagi - 5 petang Sila muat turun pautan di bawah untuk rujukan. Senarai Calon 1 Disember 2014 Senarai Calon 2 Disember 2014 Senarai Calon 3 Disember 2014 Senarai Calon 4 Disember 2014 Senarai Keperluan Temuduga Carta Alir Pelan Harap Maklum.

Hari Kualiti SEPINTAR

Imej
 20 November 2014, Hari Kualiti tahun ini memperkenalkan sedikit kelainan apabila diadakan pada waktu malam di Dewan Makan SEPINTAR. Anugerah dan hadiah telah disampaikan kepada warga SEPINTAR yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Tn Hj Rosland bin Hussein, mantan Pengarah BPSBPSK telah hadir sebagai perasmi seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang. 

Perhimpunan Bulanan Oktober, November dan Disember SBPI Rawang

Imej
 19 November 2014, Perhimpunan bulanan diadakan sekali lagi di Bilik Seminar dan melibatkan semua Guru serta Kakitangan SEPINTAR. Pada perhimpunan kali ini, hadiah dan sijil telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan terakhir untuk tahun 2014.

Kursus Asas Frog Site Kokurikulum

Imej
 19 November 2014, Seramai 24 orang pelajar SEPINTAR telah menyertai Kursus Asas yang telah diadakan di Makmal Chromebook SEPINTAR. Kursus ini melibatkan seorang ahli dari setiap Unit Kokurikulum dan memberi penekanan terhadap langkah-langkah untuk melengkapkan site unit masing-masing. Kursus ini mencapai matlamat dengan setiap peserta berjaya menghasilkan site masing-masing.

Penyampaian Hadiah Pesta STEP

Imej
 19 November 2014, Suasana sekitar penyampaian hadiah kepada semua pemenang dalam acara-acara yang diadakan sepanjang pesta STEP. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.