WIRA TIMMS
25 Ogos 2014, Trend in Mathematics & Science Study (TIMSS) merupakan instrumen pentaksiran diperingkat antarabangsa untuk melihat pencapaian dan penguasaan pelajar dalam bidang Sains dan Matematik. SBPI Rawang merupakan salah satu daripada 207 sekolah seluruh negara yang mewakili Malaysia dalam ujian tersenut. Pada pagi ini telah diadakan penyerahan lencana Wira TIMSS kepada kelas 2JA yang mewakili sekolah sebagai Wira TIMSS. Semoga Berjaya Wira TIMSS.
Majlis Hari Raya SEPINTAR
26 Ogos 2014, SEPINTAR telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah bertempat di Dewan Makan SEPINTAR yang melibatkan Guru-guru, AKS dan Pelajar. Pelbagai juadah telah dihidangkan kepada semua. Para pelajar juga turut mempersembahkan nasyid sebagai selingan.
Hari Bahasa Antarabangsa
23 Ogos 2014, Bidang Bahasa telah menganjurkan Hari Bahasa Antarabangsa melibatkan bahasa Jepun, Perancis dan Korea. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi - 4.00 petang di sekitar SEPINTAR. Aktiviti Bahasa Jepun adalah Explorace, Pertandingan Koir, Origami dan Lukisan Komik. Aktiviti Bahasa Perancis pula terdiri daripada Pรฉtanque, Maรฎtre de conjugaison, Nommer les objets, Mereka komik, Virelangues dan Public Speaking. Manakala Bahasa Korea pula mengadakan aktiviti Koir, Mereka Design T-Shirt dan Memasak Makanan Korea. Penganjuran program seumpama ini diharapkan dapat menyemarakkan penggunaan bahasa-bahasa tersebut di kalangan pelajar SEPINTAR.
Seminar Transformasi Kerjaya Pra SPM di Ambang Asuhan Jepun UM
23 Ogos 2014, Seramai
80 orang pelajar Tingkatan 5 SBPI Rawang telah mengikuti Seminar Transformasi
Kerjaya Pra SPM di Ambang Asuhan Jepun UM. Mereka terdiri dpd
pelajar aliran agama. Seminar ini bertujuan untuk membantu murid memilih bidang
kerjaya sesuai selepas SPM dan menghadapi temuduga. Antara pengisian program
ialah ceramah dpd Ambang Asuhan Jepun, Management Science University dan Dr
Muhamad Sade Mohd Amin, Setiausaha Bahagian Kenenterian Keselamatan Negeri.
Seminar ini dirasmikan penutupan oleh YDP PIBG Pn Hjh Hazizah Kasim.
Laporan : Cikgu Esa
Laporan : Cikgu Esa
Taklimat Study In Japan
20 Ogor 2014, Taklimat yang diadakan bertujuan memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman dari segi peluang belajar di Jepun serta prospek kerjaya graduan Jepun telah diadakan di Dewan Al-Aqsa. Taklimat yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 telah disampaikan oleh Mr Watanabe Jun'ichi (Jamal) Hj iaitu Bekas Ketua Guru-Guru Jepun Ambang Asuhan Jepun, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Taklimat ini sangat berguna kepada pelajar kearah menetapkan sasaran untuk melanjutkan pelajaran selepas pembelajaran menengah.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...



































