Pada 27 Disember 2010, Mesyuarat Guru kali Pertama 2011 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR bertujuan memberi makluman, membuat penyelarasan serta berbincang ke arah mewujudkan SEPINTAR yang lebih gemilang. Pelbagai isu telah dibincangkan bersama dan mesyuarat susulan mengikut unit akan diadakan seterusnya pada 28 hingga 30 Disember 2010. Semoga segala perancangan akan berjaya dilaksanakan pada tahun 2011.
SEPINTAR sekali lagi mencatatkan keputusan yang membanggakan apabila seramai 61 orang calon PMR telah berjaya mecatat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR 2010. Keputusan ini telah diumumkan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa. Majlis penyerahan cenderahati turut diadakan sejurus selepas pengumuman tersebut.
Majlis Graduasi pada tahun ini telah diadakan di Dewan Utama UNISEL, Kuala Selangor pada 18 Disember 2010. Majlis bermula pada pukul 10 pagi dan dirasmikan oleh Prof Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid yang merupakan Tokoh Akademik Negara. Di majlis ini juga, slot Sirih Pulang ke Gagang disaksikan oleh Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dan disempurnakan bacaan akadnya oleh Pn Pengetua dan wakil ibubapa iaitu En Asmadi Arif. Semoga majlis ini menjadi perangsang kearah kejayaan Garduan SEPINTAR.