> SBPI Rawang: 2012

Jumaat, 28 Disember 2012

Mesyuarat Guru Sesi 2013

 26-27 Disember 2012, Mesyuarat yang diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat dihadiri oleh semua guru bagi membincangkan serta menerangkan perancangan serta sasaran SEPINTAR untuk tahun 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK Pentadbiran SEPINTAR yang merupakan Pemangku Pengetua.

Khamis, 20 Disember 2012

Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2012

19 Disember 2012, Seramai 40 orang calon PMR 2012 SEPINTAR telah berjaya memperolehi keputusan 9A untuk semua mata pelajaran yang diambil. Keputusan ini membanggakan pihak sekolah dan ibubapa yang hadir pada hari ini.


Senarai Keperluan Pelajar 2013

Bagi menghadapi sesi persekolahan yang baru pada tahun hadapan, pihak SEPINTAR menyediakan senarai keperluan diri dan buku pelajar untuk rujukan ibubapa serta pelajar SEPINTAR khasnya.

Sila klik dan muat turun pautan dibawah.

Harap maklum...

Ahad, 2 Disember 2012

Latihan Pasukan The Dribblers di Kuala Lumpur

 28-29 November 2012, Pasukan The Dribblers telah menyertai latihan yang dikelolakan oleh jurulatih luar bertempat di SK Cochrane. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pemain dan menambah pengalaman pemain. Pelbagai teknik serta kemahiran telah ditunjukkan kepada pemain dan diharapkan ini dapat meningkatkan mutu permainan peserta. Program ini berjalan lancar walaupun hujan lebat pada lewat petang.

Jumaat, 30 November 2012

Temuduga Tingkatan 1 Ambilan 2013

 23 November 2012, SEPINTAR telah mengadakan temuduga pelajar-pelajar untuk ambilan Tingkatan 1 2013. Sebelum temuduga dijalankan, taklimat telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK Pentadbiran SEPINTAR di Bilik Seminar.

Jumaat, 16 November 2012

Jamuan Hi-Tea Kelab Guru dan Kakitangan 2012

 11 November 2012, Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR telah menganjurkan jamuan Hi-Tea di Crystal Crown Hotel, Kepong untuk meraikan semua ahli serta keluarga masing-masing. Turut hadir di majlis ini Tn Hj Zulkifli Baharom, YDP PIBG SEPINTAR. Cabutan bertuah turut diadakan di penghujung jamuan. Majlis ini antara lain bertujuan merapatkan hubungan ahli serta mewujudkan suasana harmoni semua warga kerja SEPINTAR.

Ahad, 11 November 2012

Majlis Graduasi dan Sireh Pulang ke Gagang 2012

 10 November 2012, SEPINTAR telah mengadakan Majlis Graduasi dan Sireh Pulang ke Gagang untuk semua calon-calon SPM 2012. Majlis ini telah diadakan di Perangsang Templer Golf and Country Club.

Ahad, 4 November 2012

The Dribblers Football Enhancement Programme

 15-22 Oktober 2012, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR (The Dribblers) telah menganjurkan Program Pengantarabangsaan yang merupakan salah satu komponen kebitaraan. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama May Asaka Centre, Saitama Japan dan disokong oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan bersama jurulatih pasukan remaja, perlawanan persahabatan, persembahan kebudayaan dan sesi bersama Datuk Bandar Saitama. Diharapkan penganjuran program ini dapat meningkatkan moral dan prestasi peserta.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP