Temuduga TMUA Ambilan 2016

23-25 November 2015, SEPINTAR telah mengadakan sesi Temuduga bagi ambilan murid Tahfiz Model Ulul Albab 2016. Sesi temuduga diadakan dalam dua slot iaitu Ujian Bertulis dan Ujian Lisan melibatkan murid-murid yang telah memilih SEPINTAR sebagai pilihan pertama. Taklimat program telah turut diadakan kepada ibubapa di Masjid Al-Qadisiah SEPINTAR dan disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Tn Hj Kamilen Marzoki dan Ust Muaz. Alhamdulillah proses temuduga berjalan lancar.

Majlis Persaraan Pn Siti Rokiah

20 November 2015, Satu majlis ringkas bagi memberi penghormatan kepada Pn Siti Rokiah telah diadakan di Dataran Raudhah bersama semua murid. Pada majlis ini hadiah-hadiah telah disampaikan kepada beliau bagi menghargai jasa sepanjang perkhidmatan. Selamat Bersara dari kami warga SEPINTAR.

Jamuan Kelab SEPINTAR

19 November 2015, Kelab SEPINTAR yang dianggotai semua Warga Pendidik dan AKP SBPI Rawang telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun di Anjung d Tasik Biru, Kuang. Semua yang hadir telah disajikan dengan hidangan steamboat serta pelbagai juadah lain. Pada majlis ini juga, Kelab SEPINTAR turut meraikan Pn Siti Rokiah, Guru Seni SEPINTAR yang akan bersara pada tahun hadapan. Beberapa hadiah cabutan bertuah telah disampaikan kepada ahli-ahli yang bertuah.

Program Praktikal Sembelihan Tingkatan Empat 2015


 20 November 2015, Seramai 162 orang murid-murid Tingkatan 4 telah mengikuti Program Praktikal Sembelihan anjuran Panitia Pendidikan Syariah Islamiah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam di perkarangan SEPINTAR. Program berjalan lancar, tiada binatang yang menjadi bangkai dan kesemua binatang sembelihan mendapat status HALAL dimakan. Tahniah kepada murid-murid T4 2015.

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI