Rabu, 24 Julai 2013
Perkongsian Pintar SMK Gombak Setia dengan SBPI Rawang
22 JULAI 2013
Seramai 20 orang pelajar dari SMK Gombak Setia yang terdiri dari 10 orang pelajar tingkatan 3 dan 10 orang pelajar
tingkatan 5 telah membuat lawatan penanda arasan ke SEPINTAR sempena Program
Perkongsian Pintar selama 4 hari bermula 22 Julai 2013 sehingga 25 Julai
2013. Seramai 3
orang guru pengiring dan pengetua SMK Gombak Setia telah hadir pada hari
pertama jam 9.15 pagi bagi sesi penyerahan pelajar SMK Gombak Setia ke SEPINTAR.
3 orang guru tersebut akan digilirkan setiap hari bagi meninjau perjalanan pengajaran
dan pembelajaran pelajar SMK Gombak Setia di SEPINTAR.
Matlamat
program ini adalah untuk memperkenalkan budaya kehidupan di asrama dan cara
belajar pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh.Pada 23 Julai 2013 bersamaan hari Selasa jam 10 pagi Guru-Guru Bahasa Melayu dari SMK Gombak Setia akan membuat perkongsian pintar bersama Guru-Guru Bahasa Melayu SEPINTAR. Pada sebelah petang pula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang akan diadakan Seminar Bahasa Melayu bersama pelajar-pelajar elit SEPINTAR.
Diharapkan program ini akan memberi semangat yang tinggi bagi kedua-dua buah sekolah untuk menduduki 2 peperiksaan besar PMR dan SPM pada tahun ini disamping membina jalinan yang baik bagi aktiviti atau program yang akan datang.
Khamis, 18 Julai 2013
SEPINTAR Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah
TARIKH 16 Julai 2013 mencatatkan sejarah
tersendiri kepada Unit Kaunseling SEPINTAR kerana Berjaya mencipta kemenangan
Naib Johan dalam Pertandingan Video Korporat, sempena Karnival Kerjaya SBP Zon
Tengah yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak.
Pasukan
Eksplorasi Alam Kerjaya (EAK) dan Video Korporat bersama 30 murid-murid
Tingkatan 5 yang meraih keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
telah bertolak ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak tepat pukul 7.00 pagi
hari tersebut.
Mereka
menyertai Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah yang dianjurkan di universiti
berkenaan. Pasukan EAK dan Video Korporat yang diiringi oleh Kaunselor
SEPINTAR, En Esa Abd Samad, Pn Rusaimah bt Jamaludin pergi dengan satu tekad
membawa trofi kemenangan. Pasukan Video Korporat diketuai oleh Hafizan bin
Julis dan disertai oleh Darwisy bin Roslan, Aiman bin Zaidi dan Zikri,
masing-masing dari Tingkatan 4. Pasukan EAK belum mencapai kemenangan tetapi
tetap berbangga dengan kemenangan rakan seperjuangan.
DISEDIAKAN OLEH ESA ABD SAMAD
Penyampaian Sumbangan Iftar Ramadan utk Pelajar Tajaan (Thailand) oleh Pegawai Kedutaan Thailand.
17 Julai 2013, Penyampaian Sumbangan Iftar Ramadan utk pelajar tajaan (Thailand) oleh pegawai Kedutaan Thailand. Sempena dengan itu juga turut diadakan sesi dialog bersama pelajar berkenaan.
Posted by Unknown at12:14 PTG
Labels:Hal Ehwal Murid
Rabu, 17 Julai 2013
KONVENSYEN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 2013
16 Julai 2013, KONVENSYEN PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN KOPERASI SEKOLAH 2013 peringkat Zon 1 Negeri Selangor yang diadakan di Hotel De Palma, Kuala Selangor pada 16 Julai 2013 menyaksikan kedua-dua pasukan Projek Keusahawanan ini Berjaya mara ke peringkat Negeri Selangor yang akan dijadualkan pada bulan September .
Posted by Unknown at12:20 PTG
Labels:Kokurikulum
Jumaat, 12 Julai 2013
Lawatan dari SK Seri Keramat, Maran
“Kami amat teruja hendak menjadi murid SBPI Rawang!” Demikian ujar salah seorang murid SK Seri Keramat, Maran, Pahang. Pada 8 Julai 2013 seramai 40 orang murid yang diiringi oleh 4 orang pendidik dari Sekolah Kebangsaan Seri Keramat, Maran, Pahang telah berkunjung ke SBPI Rawang untuk tujuan penanda aras dan motivasi murid Tahun 6.
Ketibaan
mereka yang diketuai oleh Cikgu Tun Mansor bin Tun Tahir, pada pukul 10.00 pagi
telah disambut oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Arbain Kasim, guru-guru
kaunseling dan Unit Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka disambut dengan upacara
silat.
Rombongan
peserta seterusnya diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh seorang
murid Tingkatan 1. En Arbain Kasim kemudian member taklimat tentang SBPI
Rawang. Seterusnya murid-murid Tahun 6 berinteraksi dengan PRS SBPI Rawang
dalam suasana santai tapi padat dengan ilmu motivasi. Ketua Kaunselor SEPINTAR
memberikan beberapa tips motivasi diri.
Rombongan
peserta kemudiannya menikmati juadah makan tengahari sebelum acara bergambar
beramai-ramai. Pada pukul 1.00 tengahari, mereka menamatkan lawatan dan
bertolak ke Kuala Lumpur.
DISEDIAKAN OLEH EN ESA ABD SAMAD
Posted by Unknown at7:06 PTG
Selasa, 9 Julai 2013
Program Kembara Minda Wafdul Imtiaz 2013
27-30 Jun 2013, SEPINTAR telah berjaya mengadakan program ke Perlis, Pulau Pinang dan Cameron Highlands melibatkan 29 orang pelajar tingkatan 4 sempena hadiah kecemerlangan 9A PMR 2012. Program diketuai oleh Tn. Haji Kamilen bin Marzoki, dibantu oleh Pn. Sharipah Mariah bt. Syed Hussin dan Pn. Noorrul Illyana bt. Naznan.
Bengkel Super Character SBP Zon Tengah
6 Julai 2013, SEPINTAR telah menjadi tuan rumah Bengkel Smart Character SBP Zon Tengah dan telah berjalan dengan jayanya.
Sabtu, 6 Julai 2013
Majlis Konsultasi Prestasi Akademik
5 Julai 2013, Majlis Konsultasi Prestasi Akademik telah diadakan yang merupakan sesi pertemuan pihak sekolah dengan para ibubapa bagi membincangkan mengenai prestasi akademik pelajar secara terperinci. Taklimat berkenaan Pelaksanaan PBS Tingkatan 1 dan 2 turut diadakan di Bilik Seminar. Kehadiran ibubapa adalah memuaskan dan pihak SEPINTAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibubapa yang telah hadir.
Posted by Unknown at7:18 PG
Labels:Akademik,Pentadbiran
Khamis, 4 Julai 2013
SEPINTAR Cemerlang di Macau CommunicInternational Innovation and Invention Expo, Macau 2013
Keputusan Macau Communic International Innovation and Invention Expo - 28 - 30 jun 2013 di Macau Fisherman Warft Convention Center.
Seramai 6 pelajar dan 2 guru telah terlibat dalam expo ini iaitu Muhammah Ikhwan Akmal b Mohd Yusoff, Muhamad Ammar Irfan b Hasmynor , Ameil Wafiy b Shoied, Muhammad Nabil Iqbal b Zulkefli, Muhammad Ammar Syukri b Muhamad Adzhar dan Nor Danial b Norazmy. Projek inorganic neutralizer and adsorbent (waste water )- gold award and special award oleh International Intellectual Property Network Forum - Leading Innovation award (award utama).Utk projek super AG lime blend - silver award and special award drp korea university invention association.
Projek dibawah seliaan Pn Marlina dibantu Pn Kairulafdzar, Pn Shajaratuddur dan Pn Sakinah.
Langgan:
Catatan (Atom)