> SBPI Rawang: Oktober 2018

Rabu, 31 Oktober 2018

Keberangkatan Delegasi SEPINTAR ke Aceh

 30 Oktober 2018, Seramai 45 murid dan 5 guru telah berada di KLIA untuk berangkat ke Aceh bagi menjalani Program Pemerkasaan Bahasa Arab di Aceh. Mereka akan menjalani program ini di Lembaga Administrasi Negara dan sesi perkongsian bersama pelajar-pelajar di Dayah Insan Qurani, Aceh.
(Kredit: FB Page PIBG SBPI Rawang)

Isnin, 29 Oktober 2018

Majlis Graduasi Sirih Pulang ke Gagang

 27 Oktober 2018, SBPI Rawang telah menganjurkan Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang bertempat di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Muhamad Sade bin Mohamad Amin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri.

Ahad, 21 Oktober 2018

MAHRAJAN TAMTHIL (LAKONAN BAHASA ARAB) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 anjuran SMKA PUTRAJAYA


 SABTU..20 OKTOBER 2018 : Seramai 4 orang murid tingkatan 3 telah menyertai pertandingan ini. Mereka ialah Muhammad Muhaditheen bin Mohammad, Nur Akil Shamil bin Mohamed, Muhammad Rifqi Amsyar bin Khalid Ibni Walid dan Amirul Ammar Azfar bin Abdul Shukor.
Kumpulan Tamthil (lakonan) ini di bawah bimbingan Ustaz Kosim dibantu oleh 2 guru Pelatih Bahasa Arab UPSI , Cik Nur Niswah bt Ami Hassin dan Cik Hazira bin Badri.
Alhamdulillah, pasukan ini telah mendapat tempat ke-4. Mereka dianugerahkan trofi dan sijil pencapaian.
Mereka bertekad untuk lebih bersungguh-sungguh pada masa depan untuk lebih berjaya demi memajukan Bahasa Arab dan menaikkan nama sekolah. InsyaAllah.

Ahad, 14 Oktober 2018

Majlis Makan Beradap Oktober 2018

 13 Oktober 2018, Unit HEM SBPI Rawang telah menganjurkan majlis makan beradap bertempat di Dewan Makan.

Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Gombak

 13 Oktober 2018, SBPI Rawang telah menghantar wakil bagi menyertai Hari Sukan Negara peringkat Daerah Gombak yang diadakan bertempat di Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri.

Isnin, 8 Oktober 2018

Jemputan Majlis Konsultasi kali ke-4 2018


Isnin, 1 Oktober 2018

Perhimpunan Bulanan September

 28 September 2018, Bidang Bahasa telah diberi kepercayaan sebagai urusetia untuk mengendalikan perhimpunan bulanan pada kali ini bertempat di Fathur Rahman Learning Centre. Laporan bulanan telah disampaikan oleh En Mohd Zamri bin Abu Zarin, GKMP Bahasa dan ucaptama telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP