> SBPI Rawang: MAHRAJAN TAMTHIL (LAKONAN BAHASA ARAB) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 anjuran SMKA PUTRAJAYA

Ahad, 21 Oktober 2018

MAHRAJAN TAMTHIL (LAKONAN BAHASA ARAB) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 anjuran SMKA PUTRAJAYA


 SABTU..20 OKTOBER 2018 : Seramai 4 orang murid tingkatan 3 telah menyertai pertandingan ini. Mereka ialah Muhammad Muhaditheen bin Mohammad, Nur Akil Shamil bin Mohamed, Muhammad Rifqi Amsyar bin Khalid Ibni Walid dan Amirul Ammar Azfar bin Abdul Shukor.
Kumpulan Tamthil (lakonan) ini di bawah bimbingan Ustaz Kosim dibantu oleh 2 guru Pelatih Bahasa Arab UPSI , Cik Nur Niswah bt Ami Hassin dan Cik Hazira bin Badri.
Alhamdulillah, pasukan ini telah mendapat tempat ke-4. Mereka dianugerahkan trofi dan sijil pencapaian.
Mereka bertekad untuk lebih bersungguh-sungguh pada masa depan untuk lebih berjaya demi memajukan Bahasa Arab dan menaikkan nama sekolah. InsyaAllah.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP