Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh 2016

 20-25 Mei 2016, Kontigen HKSBP SEPINTAR telah berada di bumi SMS Kubang Pasu bagi menyertai Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh.

Kuliah Dhuha Israk Mikraj

 15 Mei 2016, Panitia P.Islam dan JK Masjid Al-Qudisiah SBPI Rawang telah menganjurkan Kuliah Dhuha bertempat di masjid dihadiri oleh semua warga SEPINTAR. Kuliah ini telah disampaikan oleh Ust Hadi.

Kejohanan Ragbi MSSD Gombak B-15

 14 Mei 2016, Pasukan Ragbi B-15 telah menyertai Kejohanan yang diadakan bertempat di Padang, SBPI Gombak. Penyertaan pasukan dalam kejohanan ini adalah berguna untuk memberi pengalaman serta menguji ketahanan pemain.

Perlawanan Persahabatan Ragbi 4 Penjuru Daerah Gombak

 4 Mei 2016, Pasukan Ragbi SEPINTAR B18 telah menyertai Perlawanan Persahabatan yang diadakan bertempat di SBPI Gombak. Perlawanan ini diadakan bagi meningkatkan kemahiran serta stamina pemin setiap pasukan. Perlawanan tergendala selama 20 minit kerana hujan lebat. Antara pasukan yang menyertai perlawanan ini adalah SMK Sg Kertas, SMK Lembah Keramat, SBPI Gombak dan SBPI Rawang. Setiap pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan.

Karnival Dakwah Bidang Pendidikan Islam

 3 Mei 2016, Bidang Pendidikan Islam telah mengadakan perasmian Karnival Dakwah bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Perasmian telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Objektif penganjuran kali ini adalah untuk mewujudkan budaya Islam yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia. Bulan dakwah juga diajurkan bagi menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah agar penghayatan aktiviti dakwah dan stiar islam dapat dihayati bersama.

Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Jadual Tingkatan 4 dan 5

 Jadual Tingkatan 3

Jadual Tingkatan 1 dan 2

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI