Terima kasih. Jasamu dikenang.


Tahniah Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Nor Azam Abdullah. Selamat menjalankan tugas di Sekolah Sultan Alam Shah (SSAS). Semoga terus cemerlang menabur bakti di tempat baru.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan sebagai pengetua di SEPINTAR. Jasamu dikenang.

 

MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN

Tanggal 9 Jun 2023, seramai 26 orang murid SEPINTAR dari tingkatan 2 hingga 5 telah diraikan dalam satu Majlis Khatam Hafazan Al-Quran di Dewan Al-Aqsa yang dihadiri oleh ibu bapa dan para guru halaqah serta barisan pentadbir.

Tahniah diucapkan kepada murid, ibu bapa serta guru halaqah. Teruskan murajaah Al-Quran setiap hari hingga ke akhir hayat.









NOTIS AGM PIBG SBPI RAWANG KALI KE-21 TAHUN 2022/2023

Assalamualaikum.

Disertakan notis dan aturcara penuh serta link kehadiran Mesyuarat Agung PIBG SBPI Rawang kali ke-21 tahun 2022/2023.



Link Kehadiran

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI