Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Program Khidmat Masyarakat Kumpulan Pertama

Imej
24 April 2019, Program khidmat masyarakat melibatkan semua murid unit beruniform KRS dan Kadet Bomba dikendalikan oleh semua guru Rumah Topaz. Lokasi khidmat masyarakat diadakan di Masjid BTP, Puteri Central Park dan kawasan dalam sekolah seperti Bilik Guru, BOSS, Bilik Bahasa Perancis dan Bilik Matematik.

Pegawai Waran 1 Kadet Remaja Sekolah

Imej
Alhamdulillah kesemua 7 orang kadet Sepintar LULUS CEMERLANG & berjaya mendapat pangkat PEGAWAI WARAN 1 PUTERA (peserta: 132 orang) 1. MUHAMMAD RIFQI AMSYAR - no. 5 2. NUR IMAN HAKIMI - no. 11 3. MUHAMMAD FAIDH IZZUDDIN - no. 18 4. NUR AKIL SHAMIL - no. 53 PUTERI (peserta:142 orang) 1. 'ISYATUL HANNAN - no. 4 2. NURUL INSYIRAH - no. 32 3. NUR ILMY - no. 55 * Rifqi & Isyatul Hannan terpilih mewakili negeri Selangor ke Perkhemahan KRS Peringkat Kebangsaan 2019 yg akan diadakan di Melaka. Mereka menduduki ranking 9 peserta terbaik

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH & HAFAZAN AL-QURAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (MTHQSBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Imej
23 April 2019, SBPI Rawang telah muncul sebagai Juara Keseluruhan dalam pertandingann yang diadakan di SBPI Batu Rakit, Terengganu. Keputusan penuh seperti berikut: Hafazan Lelaki (Juz 1-5): Johan : Muhammad Afif Haziq Bin Zulkhairi (SBPI Rawang) Naib Johan : Mohamad Aliff Zikry Bin Azman (SMAP Bentong) Ketiga : Mohamad Izzul Naim Bin Mohamad Izaha (SBPI Batu Rakit) Hafazan Perempuan (Juz 1-5): Johan : Nur Hannah Mardhiah Bt Abdul Malek (SBPI Rawang) Naib Johan : Noor Hidayatul Nabila Bt Kamarudin (SBPI Batu Rakit) Ketiga : Wan Nor Fatimatuzzahra Bt Mohd Nawi (SMAP Kajang) Hafazan Lelaki (Juz 1-10): Johan : Muhammad Habib Umar Bin Kamarul Feizal (SBPI Rawang) Naib Johan : Ahmad Nor Syafie Bin Saiful Dzulfitri (SBPI Selandar) Ketiga : Talhah Ubaidullah Bin Ja'afar Sidek (SMAP Bentong) Hafazan Perempuan (Juz 1-10): Johan : Iliya Maisarah Bt Harun (SBPI Selandar) Naib Johan : Umi Maisaroh Bt Shariffuddin (SBPI Rawang) Ketiga : Sharifah Zainab Batrisyia Bt Syed Ahmad Zain (SBPI...

Majlis Pelancaran Guru Muda

Imej
 19 April 2019, Majlis Pelancaran Guru Muda telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa. Tn Haji Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang telah merasmikan majlis ini serta menyampaikan simbolik perlantikan.

Majlis Khatam Al-Quran Hafazan

Imej
  13 April 2019, Majlis Khatam Al-Quran Hafazan kali pertama telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa.  Majlis telah disempurnakan oleh  En Shamsudin b Mustapha  Timbalan  Pengarah  BPSBPSK , KPM. 

Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) Blok Akademik

Imej
 10 April 2019, SBPI Rawang telah berjaya mengadakan Latihan Pengungsian Bangunan Blok Akademik dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Batu Arang. Latihan berjalan lancar dan disusuli dengan Demonstrasi memadam api.

Kejohanan Tenis MSS Malaysia

Imej
  2 orang murid SBPI Rawang iaitu Majdina Bt Mansor (P-18) dan Mursyid Bt Mansor (L-15) telah mewakili pasukan tenis Selangor untuk menyertai kejohanan tenis MSS Malaysia yang telah berlansung pd 22 - 28 mac 2019 di Kompleks Tenis Negara Kuala Lumpur. Dalam kejohanan peringkat kebangsaan tersebut, Pasukan Selangor P-18 telah menjadi johan manakala pasukan L15 hanya mampu meraih Naib Johan apabila tewas kepada pasukan Perak di peringkat akhir. Walaubagaimanapun, pasukan tenis Selangor tetap mengungguli dan mengekalkan kejuaraan peringkat kebangsaan MSS Malaysia kali 8 berturut-turut. Pasukan Tenis Selangor diterajui oleh En Mohd Iskandar B. Mohd Yusof selaku Ketua Jurulatih yang juga guru di sepintar; telah membimbing dan melatih skuad tenis Selangor selama 14 tahun.