> SBPI Rawang: Februari 2023

Sabtu, 25 Februari 2023

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA CALON TINGKATAN 1 & 4 SBPI RAWANG 2023


Sila klik pautan berikut untuk semakan:


http://shorturl.at/duRY0


Tahniah kepada calon yang layak untuk ditemuduga. Sila pastikan anda mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan.

Semoga berjaya 🌹

NOTA:
Sekiranya keputusan carian tertulis 'No Data' bermaksud tidak direzekikan untuk ditemuduga kali ini. Jangan kecewa.
Insya-Allah peluang untuk berjaya tetap Allah berikan walaupun di mana saja anda bersekolah nanti.



Jumaat, 24 Februari 2023

Makluman Temuduga Calon Tingkatan 1 & 4 Tahun 2023

 

MAKLUMAN PENTING

Pihak sekolah telah menerima senarai nama calon yang akan ditemuduga untuk kemasukan baru murid tingkatan 1 & 4 bagi sesi 2023/2024.
Penetapan tarikh temuduga adalah pada 1 & 2 Mac 2023. Nantikan maklumat terkini untuk semak kelayakan temuduga TMUA di SBPI Rawang.



Rabu, 22 Februari 2023

HAMASAH MAC 2023

Anjuran : Koperasi SBPI Rawang Berhad

Program Hafazan Masa Cuti Sekolah (HAMASAH) secara online kembali lagi bersama guru-guru Tahfiz SBPI Rawang.

Tarikh : 13-16 Mac 2023
Masa : 8.00-12.00 pagi (Tasmik)
2.30-4.30 petang (Tasmik)
8.00-10.00 malam (Kendiri-hafazan baru & tahriri)
Untuk Pendaftaran :
Sila buat pembayaran dan isi google form dibawah :
Maklumat pembayaran & yuran penyertaan (rujuk poster).
Sebarang pertanyaan hubungi urusetia (Ustaz Yunus) :
Terima kasih.



Isnin, 20 Februari 2023

Selamat Menduduki SPM 2022

 بالتوفيق والنجاح إن شاء الله



Rabu, 8 Februari 2023

Pertandingan Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan 2022/2023

Pasukan dari SEPINTAR membawa pulang wang tunai RM5,000 setelah meraih tempat ke 5 dari 16 pasukan yang berentap dalam Pertandingan Toyota Eco Youth Peringkat Kebangsaan 2022/2023 yang diadakan di Hotel Concorde Shah Alam pada 6 hingga 8 Februari 2023.

Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Siti Amira terdiri daripada dua orang murid tingkatan 4, dan dua orang dari tingkatan 3.
Tahniah dan syabas buat semua yang terlibat







Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP