Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Dokumen dan Surat Persediaan Murid Sesi Persekolahan 2015

Sila muat turun fail yang berikut untuk persediaan murid memasuki sesi persekolahan 2015. Dokumen untuk murid membawa komputer riba Surat pemakluman pembukaan sekolah Senarai buku kerja murid 2015 Senarai keperluan murid mengikut tingkatan

Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Ketiga

Imej
 14 Disember 2014, Kursus yang telah tiba ke hari terakhir berjalan mengikut jadual yang dirancang. Slot pagi diisi dengan perbincangan dan perkongsian sesi Team Teaching dan Lesson Study yang telah dijalankan oleh En Suhaimi dan Pn Azarina untuk matapelajaran Sejarah. Seterusnya, Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR menyampaikan taklimat berkenaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang akan dijalankan di SEPINTAR pada tahun hadapan. Taklimat ini sedikit sebanyak memberi gambaran berkenaan TMUA kepada warga pendidik SEPINTAR. Sebagai penutup, slot rumusan program dan penyampaian hadiah dijalankan. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna kepada semua peserta.

Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Kedua

Imej
 13 Disember 2014, Hari kedua Kursus berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti diadakan. Pada sebelah pagi Bengkel PLC diteruskan lagi dengan perbincangan dalam kumpulan. Sesi diteruskan  dengan ceramah tentang perkongsian pengalaman mengendalikan Team Teaching dan PLC di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya oleh Pengetua sekolah berkenaan, Tuan Azmi bin Misran. Beliau adalah pengetua yang sangat berpengalaman luas dalam pendidikan dengan pengalaman mengajar selama 28 tahun di beberapa sekolah dan juga di Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pendidikan, selain menulis beberapa buah buku dan modul. Beliau telah mempelopori pelaksanaan PLC di SMK Raja Muda Musa dan ternyata memberikan impak positif terhadap peningkatan prestasi murid dalam peperiksaan. Dalam menyampaikan perkongsian tentang PLC, beliau dibantu oleh Penolong Kanan 1, SMK Raja Muda Musa, En Abd Halim bin Omar.     Pada sebelah petang dan malam, sesi diteruskan dengan pembentangan kumpulan b...

Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Pertama

Imej
  12 Disember 2014, Kursus yang diadakan bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor bermula pada hari ini dan mengumpulkan warga Pendidik SEPINTAR. Pada hari pertama kursus, dua Slot telah dilaksanakan sebagai pengisian program. Slot 1: Pembinaan Site VLE Frog dikendalikan oleh En Amir, Guru Penyelaras Bestari SEPINTAR manakala Slot 2: Pengenalan kepada PLC oleh En Zamri dan Ucapan Pembukaan oleh Tn Hj Addenan osman, Pengetua SEPINTAR.

Temuduga Ambilan Tingkatan 1 Tahfiz Model Ulul Albab SEPINTAR

Imej
 1-4 Disember 2014, Proses temuduga untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 telah dijalankan dengan lancar di SEPINTAR. Selesai proses pendaftaran calon, semua calon telah menduduki Ujian Bertulis di Dewan Makan dalam tempoh 1 jam. Semasa calon-calon menduduki ujian bertulis ini, semua ibubapa dikumpulkan di Masjid Al-Qadisiah untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR dan Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR. Selepas sesi ujian bertulis, semua calon ditempatkan di bilik kuarantin sebagai persediaan untuk temuduga di bilik-bilik yang telah ditetapkan. Pihak SEPINTAR ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan temuduga ini dan berganding bahu dalam memastikan kelancaran proses temuduga yang telah dijalankan.