Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

Bengkel Pengukuhan Jati Diri Tingkatan 1

Imej
Bengkel Pengukuhan Jati Diri Tingkatan 1 Alhamdulillah pada jam 3.00-5.00 PM 28 Ogos 2020 bertempat di Dewan Al Aqsa seramai 130 murid Tingkatan 1 diberi bimbingan pengukuhan jati diri. Aktiviti bermula dengan mind setting amanah diri sebagai murid SBP diikuti sesi latihan dalam kumpulan dikendalikan PRS Tingkatan 4 merangkumi bimbingan personal hygiene, Pengurusan loker, akademik, dan hafazan Quran, adab-adab komunikasi, dan sebagainya. Aktiviti berjalan lancar dan mendapat respon positif murid-murid. Moga-moga anak2 Tingkatan 1 lebih berhati diri dan proaktif  

Perkampungan Ilmu Tingkatan 5

Imej
Perkampungan ilmu tingkatan 5 sepintar bermula pada 19 ogos hingga 24 ogos 2020. Subjek yang terlibat adalah matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa inggeris, bahasa arab, pendidikan islam dan maharat al-Quran. Ya Allah, kami menjadi saksi bahawa murid-murid tingkatan 5, ibu bapa dan guru-guru sepintar telah mengorbankan waktu cuti mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam spm 2020. Maka berilah mereka kejayaan cemerlang yang mereka harapkan. Semoga dengan kejayaan ini mereka menjadi hamba yang bersyukur dan menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain.