Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Malaysian International Young Inventors Olympias (MIYIO) 2021

Imej
  Pada 19 Jun 2021, pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympias (MIYIO) 2021 telah melabuhkan tirainya setelah 3 hari berlangsung. Uniknya penganjuran MIYIO tahun ini ialah pertandingan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya memandangkan Malaysia masih lagi di bawah tempoh PKP. Berbanyak syukur kepada Allah kerana pasukan SEPINTAR berjaya meraih 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. SEPINTAR telah diwakili oleh 16 orang pelajar dari tingkatan 3-5 di bawah penyeliaan 3 orang mentor iaitu Dr Diyana Jamari, Pn Siti Amira Mazlan dan Pn Ilyani Munawwirah Idham. Alhamdulillah! Pelbagai produk inovasi dipertandingkan melalui penyertaan dari sekolah di dalam dan luar Malaysia. Namun ini bukan halangan kepada pasukan SEPINTAR untuk turut bersaing dengan mempertaruhkan 4 projek iaitu I-Q, Turbowind, Solaris dan Nauf Thermal. I-Q merupakan apps yang dibangunkan untuk tujuan pembelajaran subjek Qiraat manakala Turbowind, Solaris dan Nauf Thermal merupakan proj...

Selamat Datang Tn Hj Kamisan Siham, PK HEM SBPI Rawang

Imej
Selamat datang kepada Tn Hj Kamisan bin Siham sebagai penolong kanan HEM murid yang baru bermula pada 2 Jun 2021 menggantikan Pn Ruslina yang bersara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Tn Hj Kamisan.  

Perkampungan Ilmu SBPI Rawang

Imej
  4 & 5 Jun 2021, Perkampungan ilmu sepintar 2021. Kali ini PI dijalankan 100% dalam talian. Walaupun penyertaan kali adalah atas dasar kehendak sendiri tanpa diwajibkan, kehadiran murid tingkatan 4 & 5 sangat cemerlang. Tahniah kepada anda anak-anak sepintar yang fokus dan hebat! Tahun ini juga buat pertama kali Perkampungan Ilmu dilaksanakan untuk tingkatan 4 sebagai persediaan awal spm 2022. Terima kasih kepada guru-guru sepintar yang bertungkus lumus menyiapkan bahan untuk PI kali ini. Semoga Allah mengganjari kalian dengan syurga, insya-Allah.

TS 25 Kohort 6

Imej
Tahniah, Semoga pemilihan ini melonjakkan lagi prestasi SBPI Rawang seterusnya memberi manfaat yang amat besar kepada murid SBPI Rawang khususnya.  

Majlis Persaraan Pn Hjh Ruslina binti Ahmad, PK HEM SBPI Rawang

Imej
Majlis Jambangan Budi Rimbunan Bakti yang diadakan secara atas talian. Selamat Bersara Pn Hjh Ruslina Ahmad.