> SBPI Rawang: Malaysian International Young Inventors Olympias (MIYIO) 2021

Ahad, 20 Jun 2021

Malaysian International Young Inventors Olympias (MIYIO) 2021

 














Pada 19 Jun 2021, pertandingan Malaysian International Young Inventors Olympias (MIYIO) 2021 telah melabuhkan tirainya setelah 3 hari berlangsung. Uniknya penganjuran MIYIO tahun ini ialah pertandingan dijalankan secara dalam talian sepenuhnya memandangkan Malaysia masih lagi di bawah tempoh PKP. Berbanyak syukur kepada Allah kerana pasukan SEPINTAR berjaya meraih 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. SEPINTAR telah diwakili oleh 16 orang pelajar dari tingkatan 3-5 di bawah penyeliaan 3 orang mentor iaitu Dr Diyana Jamari, Pn Siti Amira Mazlan dan Pn Ilyani Munawwirah Idham. Alhamdulillah!

Pelbagai produk inovasi dipertandingkan melalui penyertaan dari sekolah di dalam dan luar Malaysia. Namun ini bukan halangan kepada pasukan SEPINTAR untuk turut bersaing dengan mempertaruhkan 4 projek iaitu I-Q, Turbowind, Solaris dan Nauf Thermal. I-Q merupakan apps yang dibangunkan untuk tujuan pembelajaran subjek Qiraat manakala Turbowind, Solaris dan Nauf Thermal merupakan projek yang berkaitan tenaga yang boleh diperbaharui.

Selaras dengan amalan KBAT, pendidikan STEM dan IR 4.0, diharapkan lebih banyak projek yang berkualiti boleh dihasilkan oleh anak-anak SEPINTAR. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, guru dan ibu-bapa yang memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat.

Senarai pendek keputusan MIYIO 2021

Pencapaian SBPI Rawang 

I-Q - Gold

Solaris - Silver

Nauf Thermal - Silver

Turbowind- Bronze

Rumusan: MIYIO 2021

1 Gold

2 Silver

1 Bronze

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP