Majlis Iftar Jamaei 2014
22 Julai 2014, SEPINTAR telah mengadakan dengan jayanya salah satu program tetap tahunan di bulan Ramadhan iaitu Majlis Iftar Jamaei. Semua ibubapa pelajar dijemput sama menghadiri majlis ini dan sambutan kehadiran adalah amat menggalakkan. Ibubapa yang hadir telah turut sama membawa makanan tambahan untuk mempelbagaikan lagi juadah dimana menu utama disediakan oleh pihak sekolah. Pendaftaran tetamu diadakan di Masjid Al-Qadisiah seawal jam 6.30 petang dan hadirin serta pelajar dibekalkan dengan 3 biji kurma serta 1 botol air mineral. Sedikit pengisian serta bacaan tahlil dijalankan sementara menanti waktu berbuka puasa.
Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya Ramadhan
21 Julai 2014, Gambar-gambar sekitar majlis yang telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR.
Lawatan Delegasi Korea di SEPINTAR
16 Julai 2014, SEPINTAR telah menerima kunjungan Delegasi Korea yang datang untuk melihat perkembangan terkini 2 orang guru Korea yang telah ditempatkan di SEPINTAR. Sesi temuduga bersama pelajar yang mengikuti kelas bersama guru-guru Korea turut dijalankan bagi mendapatkan pandangan pelajar-pelajar.
Perkongsian Ceramah Nuzul Quran di SEPINTAR 2014
14 Julai 2014, Ceramah yang telah disampaikan oleh Dr Najmi Ahmad Al-Hafiz (Hospital Selayang) bermula dengan beliau mengimamkan solat Isyak dan Terawih (membaca Surah Yunus)
Intipati tazkirah :
5 tanda kita mencintai Al-Quran
- Tilawah - Membaca Al-Quran
- Tahfiz - Menghafaz Al-Quran
- Tadabur - Memahami Al-Quran
- Tatbiq - Melaksanakan Al-Quran
- Tabligh - Menyampaikan/menyebarkan isi kandungan Al-Quran
Perkongsian Dr Najmi pengalaman menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dimana beliau mula menghafaz dari Tingkatan 3. Beliau mengikuti kelas hafazan malam. Kabaikan menghafaz Al-Quran adalah membina fokus dan sangat-sangat membantu kecemerlangan akademik. Beliau juga menghabiskan hafazan 30 juzuk semasa tahun 2 di USIM.
Laporan : Ust Kosim Abd Ghani.
Laporan : Ust Kosim Abd Ghani.
Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam bil 5 Mei-Jun 2014
27 Jun 2013, Perhimpunan yang menghimpunkan semua warga kerja SEPINTAR telah diadakan bertempat di Sidang Al-Jabar. Dikelolakan bersama Bidang Pengajian Islam dan Kumpulan Pelaksana SEPINTAR. Bidang Pengajian Islam diketuai Pn Hjh Habsah Shafie manakala Kumpulan Pelaksana Pn Hjh Aishah bt Ahmad Shauki.
Majlis Konsultasi Akademik
4 Julai 2014, SEPINTAR telah mengadakan Majlis Konsultasi Akademik bertempat di Dewan Al-Aqsa dan Sidang Al-Jabbar. Majlis ini merupakan medan perbincangan dan pertemuan diantara ibubapa dengan guru-guru ke arah peningkatan pencapaian pelajar. Majlis ini telah diadakan mengikut jadual dan berjalan lancar hasil sokongan semua.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...















