Kejohanan Memanah National University of Singapore 2014


NUS Indoor Archery Open 2014 yang berlangsung di Multi Propose Hall 2, National University of Singapore pada 14 – 15 Jun 2014, disertai oleh 417 orang pemanah kategori recurve dan compound dari negara Singapura, Nepal, Amerika Syarikat dan juga Malaysia.  Kebanyakan pemanah adalah penuntut-penuntut University dan juga pemanah-pemanah professional dan amatur.   Sepintar telah menghantar 9 pemanah ke pertandingan tersebut di bawah label HAFA Archery Club.Setiap pemanah perlu melepaskan sebanyak 60 batang anak panah untuk melengkapkan 2 set panahan..   Selain itu pemanah juga berpeluang untuk menyertai pusingan olimpik secara individu dan berkumpulan. Pemanah-pemanah SEPINTAR telah memberikan persaingan yang sangat sengit dalam kesemua kategori pertandingan.

Antara kejayaan yang diraih SEPINTAR ialah;

Kategori  Recurve Lelaki
1.        NUR EZAIDI BIN AHMAD JAILANI ….selaku Ketua Pasukan
·         Tempat ke-3 Individu pusingan pertama
·         Ranking ke-9 keseluruhan
·         Tempat ke-3 berkumpulan
2.        MUHAMMAD NAJMI BIN RISDAN
·         Sijil penyertaan

Kategori Compound Lelaki
1.        MUHAMMAD HARITH BIN RONHAZLI
·         Pusingan Olimpik individu ranking  ke-14
·         Pusingan Olimpik berpasukan
2.        OMAR  ABDUL AZIZ BIN OTHMAN
·         Pusingan Olimpik Berpasukan

Kategori Compound Perempuan
1.        NURRIZATUL NAJWA BINTI AHMAD SALIHIN
·         Pusingan Olimpik individu ranking ke-12
2.        NUR AISYAH BINTI ABDULLAH
·         Pusingan Olimpik Individu ranking ke-11

Kategori  Recurve perempuan
1         PUTERI EZREEN SYARIHAH BT MEGAT OSMAN
·         Naib johan Olimpik berpasukan
·         Tempat ke-3 berkumpulan
      2.      AFIFA NUR ATIKA BT ABDUL GHANI AZIZI
·         Naib Johan Olimpik berpasukan
·         Tempat ke-3 berkumpulan
3.        AINUL MARDIYAH BT ROSLAN HAKIM
·         Naib johan Individu pusingan ke-2
·         Ranking ke-4 individu keseluruhan
·         Tempat ke-3 berkumpulan keseluruhan
·         Naib johan Olimpik berpasukan