26 Februari 2015, SEPINTAR telah menghantar empat orang wakil bagi menyertai program yang diadakan di Nur laman Bestari, Hutan Lipur Sg.Tua, Jln Ulu Yam. Cabaran Interakftif Pengguna (CIP) merupakan program tahunan anjuran Kemententerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Objektif program ini adalah untuk mendidik, menyebarluas program/ aktiviti kepenggunaan dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar melalui pendekatan baharu yang bersepadu. Selain itu dapat memantapkan perlaksanaan program/aktiviti kepenggunaan dengan focus utama berkaitan kepenggunaan iaitu pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan pemeliharaan alam sekitar. Dengan aktiviti ini pelajar Sepintar dapat mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan. Setelah selesai Cabaran Interaktif Pengguna ini, pelajar Sepintar yang menyer...