27 Januari 2018, Warga Pendidik SBPI Rawang telah mengikuti sesi LADAP Taklimat Grow yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Fadhlullah bin A. Malek, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum BPSBPSK bertempat di Fathur Rahman Learning Centre. Semoga sesi ini dapat memberi impak positif ke arah kejayaan murid.
Majlis Sambutan Rombongan Guru Dan Murid Dari Dayah Insan Qurani, Acheh, Indonesia ke SBPI Rawang.
26 Januari 2018, Hubungan yang baik antara SBPI Rawang dan Dayah Insan
Qurani, Acheh, Indonesia bermula sejak diadakan Program Pengukuhan Bahasa Arab
murid SBPI Rawang ke sana pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang lepas.
Lawatan Guru Dan Murid Dari Dayah Insan Qurani, Acheh,
Indonesia ke SBPI Rawang ini diharap meningkatkan lagi ukhuwwah dan kerjasama
kearah merealisasikan keberkesanan pendidikan dan asuhan generasi hari ini
untuk masa depan kedua-dua negara yang berjiran ini. InsyaAllah
Lawatan ini juga akan memperkenalkan SBPI Rawang dipersada
antarabangsa.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDP PIBG SBPI Rawang YB
Bhg Datuk Azizah bt Kassim.
Antara tentatif majlis sambutan rombongan Dayah Insan
Qurani, Acheh ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang ialah Jamuan Makan Tengahari, kemudian mereka ke di Bilik
Fathurrahman Learning Centre untuk Tayangan Multimedia tentang profil sekolah, mendengar
ucapan Tuan Haji Addenan Bin Osman, Pengetua SBPI Rawang , berbalas cenderahati
daripada Tuan Haji Addenan Bin Osman kepada Wakil Rombongan dan
cendeharati tetamu kepada pihak sekolah.
Selepas itu mereka mengadakan lawatan sekitar sekolah, selepas
Solat Asar rombongan bergerak ke Kuala Lumpur.
Semoga mereka mendapat kenangan yang manis dan berharga semasa berada di SBPI Rawang.
Konsultasi Tingkatan 5
26 Januari 2018, SBPI Rawang telah mengadakan sesi konsultasi yang memfokuskan murid Tingkatan 5. Sesi telah berlangsung di Dewan Al-Aqsa melibatkan semua guru Tingkatan 5.
Kejohanan Ragbi MSSD Gombak Bawah 15
24-25 Januari 2018, Pasukan Ragbi B-15 SBPI Rawang telah menyertai Kejohanan Ragbi MSSD Gombak bertempat di SBPI Gombak. Pada kejohanan ini, pasukan ragbi sekolah telah memperolehi tempat ke-3 Kategori Cup Keseluruhan. Syabas dan tahniah kepada semua pemain.
Kejohanan Bola Keranjang MSSD Gombak
22-23 Januari 2018, SBPI Rawang telah menghantar dua pasukan lelaki dan perempuan Bawah 18 thn ke Kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Taman Hijau, Rawang. Semoga penyertaan pasukan ke kejohanan ini memberi pengalaman berguna buat pemain-pemain sekolah.
Kejohanan Ragbi MSSD Gombak B-18
22-23 Januari 2018, Pasukan Ragbi SBPI Rawang telah menghantar satu pasukan menyertai kejohanan yang diadakan di SBPI Gombak. Pada kejohanan ini pasukan Ragbi sekolah telah muncul sebagai Johan Kategori Plate. Tahniah dan syabas.
Larian Merentas Desa
18 Januari 2018, SBPI Rawang telah menganjurkan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua murid SEPINTAR iaitu Larian Merentas Desa. Larian tahun ini masih menggunakan trek yang sama seperti tahun lepas cuma sedikit kelainan pada tahun ini medal terus disampaikan pada penamat larian. Peserta larian telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepangjan larian.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...



















