Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Sambutan Hari Guru SEPINTAR 2014

Imej
 27 Mei 2014, Guru-guru SEPINTAR telah diraikan dalam satu majlis yang nampak ringkas namun meriah iaitu sambutan Hari Guru bertempat di Dewan Al-Aqsa. Tema yang telah dipilih pada tahun ini adalah Floral. Pelbagai persembahan telah disajikan untuk memeriahkan majlis yang telah diadakan ini. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen memandangkan Tn Pengetua menghadiri Mesyuarat Pengetua       di Terengganu. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pengelola yang telah menganjurkan majlis ini. 

Sambutan Kepulangan Pasukan RnD di 'The 6th Edition of EUROINVENT'

Imej
 26 Mei 2014, Pasukan RnD yang baru sahaja pulang dari menyertai 'The 6th Edition of EUROINVENT' di Romania telah diberi kejutan sambutan pelajar dan guru SEPINTAR. Pasukan ini yang berada di Lasi, Romania dari 21-25 Mei 2014 telah berjaya menggondol 2 Gold Award dan 1 Special Award WIIPA. Tahniah dan syabas.

Pemantauan Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Baiah (New Deals)

Imej
 20 Mei 2014, SEPINTAR telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk pengurniaan Baiah. Untuk rekod, SEPINTAR telah 3 kali menerima Baiah pada tahun-tahun lepas. Terima kasih kepada semua pegawai yang telah meluangkan masa berkunjung ke SEPINTAR dan semoga persediaan rapi dari pihak sekolah mendapat pengiktirafan sewajarnya. Insyaallah.

Majlis Hi-Tea Perdana Amal 2014

Imej
SEPINTAR sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, sentiasa berusaha untuk menambah baik prasarana sekolah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan SPM yang jitu dan mampan peribadi dan intelektual. Atas usaha itu, pihak sekolah telah bercadang untuk membina sebuah "Learning Centre" kearah mencapai objektif tersebut. "Learning Centre" yang akan didirikan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudaha pembelajaran serta peralatan ICT bertujuan mengatasi masalah kekurangan tempat belajar selepas kelas persediaan. Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan "Learning Centre" tersebut, pihak PIBG dan kerjasama AIRA(Alumni SBPI Rawang) akan menganjurkan satu majlis Hi Tea Perdana Amal dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan "Learning Centre" tersebut pada Tarikh : 15 Jun 2014 (Ahad) Lokasi : Dewan Al Aqsa, SBPI Rawang Masa : 2.00 - 5.00 petang Penampilan istimewa : Kumpulan Raihan Harga semeja : RM2000 [Gold, 8 kerusi]...

LADAP Peningkatan Profesionalisme Guru SBT Kohort 4 Siri 2

Imej
 9 Mei 2014, Semua warga pendidik SEPINTAR telah mengikuti siri LADAP yang diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR. LADAP pada kali ini yang dikendalikan oleh En Amir dan Pn Azila merupakan hasil dari kursus yang telah diikuti oleh mereka pada bulan lepas. Siri ini lebih menekankan kepada kemahiran penggunaan komponen ICT dalam memantapkan PdP.

Makluman Program Kecemerlangan Kurikulum Tingkatan 3 dan 5

Imej
Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Kecemerlangan Kurikulum Perkampungan Ilmu Perdana 2014.

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam bil 4/2014 Peringkat Sekolah

Imej
   2 Mei 2014, Perhimpunan Bulanan pada kali ini dikelolakan oleh Bidang Kemanusiaan bertempat di Sidang Al Jabbar. Ucapan telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman dan Pn Hjh Sharipah Mariah. Di perhimpunan ini, hadiah telah disampaikan kepada guru dan kakitangan yang berkaitan.

Karnival ICT, Teknologi dan Alam Sekitar Sekolah Berprestasi Tinggi

Imej
 29-30 April 2014, SEPINTAR telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Karnival ICT peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Pulau Tinggi, Johor. Kedua-dua pasukan ini telah menyertai Pertandingan Penyuntingan Video dan Pertandingan Fotografi. Karnival ini yang dikelolakan oleh SMK Sultan Ismail, Johor Bharu telah mendapat sambutan menggalakkan dari sekolah-sekolah SBT. Keputusan Pertandingan: Penyuntingan Video Peserta : Azman Fariez bin Mazlan dan Annor Basyir Baihaqi bin Anuzi Tempat ke-2 Keseluruhan. Fotografi Peserta : Amir Aiman bin Zaidy dan Ahmad Zharif Adib bin Ridzwan Tempat ke-2 Keseluruhan. Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan.