Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Kursus Kepimpinan 'Tomorrow's Leader' LKP

Imej
  26 Ogos 2017, Kursus Kepimpinan yang diadakan ini melibatkan Ahli LKP, SBPI Rawang. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dato Hjh Hazizah, YDP PIBG SBPI Rawang.

Perhimpunan Bulanan Ogos

Imej
 24 Ogos 2017, Perhimpunan Bulan Ogos kali ini dikelolakan oleh Bidang Sains dan Matematik.

Jemputan Hari Terbuka Asrama 2017

Imej
Jemputan Hari Terbuka Asrama 2017. Semua ibubapa dijemput hadir.

Makluman Kursus Kepimpinan "Tomorrow's Leader" LKP SBPI Rawang

Imej
Kursus Kepimpinan "Tomorrow's Leader" Lembaga Kepimpinan Murid SBPI Rawang akan diadakan pada 25- 26 Ogos 2017 bertempat di Dewan Al Aqsa Sepintar. Sasaran peserta adalah seramai 100 orang pemimpin pelajar yang terdiri daripada semua barisan exco sekolah 2017, pelapis exco 2018, pengawas sekolah yang sedia ada serta yang baru dilantik dan juga wakil pelajar daripada Badan Dakwah & Kerohanian( Badar), Pembimbibg Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas Pusat Sumber (PPS). (Surat makluman kepada ibu bapa telah diberi kepada pelajar dan turut dimaklumkan melalui sms blasting.) Program kepimpinan ini dikendalikan oleh KuisCell Sdn Berhad yang akan menggunakan pelbagai method kepimpinan . Slot bersama Ustaz Don Daniyal pada 26 Ogos @ Sabtu pada pukul 10.30 pagi turut dibuka kepada ibu bapa peserta dan guru yang berkelapangan untuk hadir. Peserta yang terlibat boleh balik selepas pukul 2 petang hari Sabtu Harap maklum dan terima kasih.

Jemputan Program Perjumpaan Ibubapa Murid Tingkatan 1 dan Perasmian Halaqah Huffaz

Imej

LADAP Ogos 2017

Imej
 12 Ogos 2017, Satu siri LADAP telah diadakan pada hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat SBPI Rawang dihadiri oleh semua warga pendidik SBPI Rawang. LADAP ini memfokuskan kepada SKPMg2 bahagian Kokurikulum dan telah dibahagikan kepada 3 slot. Slot Pertama : Penyediaan dan Penghantaran RPH secara atas talian. Slot Kedua : Elemen KBAT dalam instrumen Pentaksiran. Slot Ketiga : Pemantapan Dokumen Standard 3.1; Pengurusan Kurikulum. Semoga LADAP ini memberi input dan panduan berguna kepada setiap peserta yang hadir.

Pertandingan Choral Speaking Daerah Gombak

Imej
 10 Ogos 2017, SBPI Rawang telah menghantar wakil yang terdiri dari murid-murid Tingkatan 2 bagi menyertai Pertandingan Choral Speaking Sekolah Menengah Peringkat Daerah Gombak bertempat di Perpustakaan Daerah Gombak. Pada pertandingan ini, Pasukan SBPI Rawang telah muncul sebagai Johan Pertandingan. Tahniah dan syabas kepada murid dan Panitia Bahasa Inggeris SBPI Rawang.

Fully Residential Schools International Symposium

Imej
 28 Julai - 1 Ogos 2017, SBPI Rawang telah menghantar 4 orang wakil ke Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) yang telah diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah. Tema FRSIS pada tahun ini adalah Volunteerism Echoes Unity and Humanity. Pasukan SBPI Rawang telah memperolehi Gold Medal pada Simposium ini. Tahniah dan syabas.