30 Ogos 2021, Ceramah Kemerdekaan telah diadakan secara atas talian dan telah disampaikan oleh Ust Kosim bin Abd Ghani. Peserta ceramah terdiri dari warga SEPINTAR serta murid dan guru dari sekolah-sekolah sekitar Gombak.
30 Ogos 2021, Perhimpunan Rasmi melibatkan semua warga SEPINTAR telah dijalankan secara atas talian menggunakan pelantar Meet dan Meet Stream. Ucapan telah disampaikan oleh Pn Shajaratuduur bt Hussin, PK SBPI Rawang. Aktiviti HIP turut dilaksanakan di dalam perhimpunan ini dengan Verse of The Week.
16 Ogos 2021, Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, SBPI Rawang telah melancarkan majlis pelancaran secara atas talian melibatkan semua warga SBPI Rawang.