Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid Sekolah KPM Peringkat Zon Gombak Barat

Imej
 26 Februari 2018, Majlis Tadarus Al Quran dan Festival Nasyid Sekolah KPM Peringkat  Zon Gombak Barat telah diadakan bertempat di SMK Taman Desa. Berikut adalah kedudukan SBPI Rawang dalam  Pertandingan tersebut. Tilawah (L) – Tempat ke 2 Tilawah (P) – Johan Hafazan (L ) - Tempat ke 3  Hafazan (P) – Johan Syarahan (L) – Tempat ke 2 Syarahan (P) – Johan Nasyid  - Johan Solo terbaik : SBPI Rawang Lagu terbaik : SBPI Rawang

LADAP Pengurusan Sekolah Berkesan

Imej
 24 Februari 2018, LADAP yang melibatkan semua warga pendidik SBPI Rawang telah diadakan bertempat di Fathur Rahman Learning Centre. Peserta telah diberi pendedahan serta perincian tentang SKPMG2 dalam memastikan kejayaan sekolah.

Perhimpunan Bulanan Januari dan Februari 2018

Imej
 23 Februari 2018, Gambar sekitar perhimpunan bulanan yang diadakan bertempat di Bilik Seminar, SBPI Rawang.

Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee 2018

Imej
 23 Februari 2018, Perasmian yang diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa telah dihadiri oleh semua warga SBPI Rawang dan disempurnakan oleh Tn Hj Tolhah bin Ramli, PK HEM SBPI Rawang. Antara objektif program ini adalah memberi bimbingan kepada murid dalam menyelesaikan masalah, merapatkan hubungan guru dengan murid, memupuk potensi diri dan memberi nilai tambah dalam diri murid.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16

Imej
 10 Februari 2018, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 tahun 2018 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Al-Aqsa, SBPI Rawang. Kehadiran ibubapa adalah menggalakkan dan pelbagai usul bagi kepentingan anak-anak telah dibincangkan. 

Hari Terbuka Asrama

Imej
 10 Februari 2017, Hari terbuka Asrama telah dianjurkan Unit HEM bagi memberi peluang kepada ibubapa untuk melihat lebih dekat keadaan bilik serta ahli dorm anak-anak. Penilaian telah dijalankan oleh panel juri yang dilantik dan majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Al-Aqsa.