> SBPI Rawang: September 2019

Isnin, 30 September 2019

Program Solat Hajat PT3

 28 September 2019

Masa: 5.00 -930 pm
Tempat: Masjid Al-Qadisiah SEPINTAR
6-7 pm: Jamuan utk ibu bapa, guru dan murid pt 3 di Anjung Fathurrahman
7-9 pm : solat maghrib, hajat, doa, ucapan pengetua, wakil ibu bapa dan penyampaian hadiah dpd ibu bapa kpd guru pt3 dan solat Isyak.

Sabtu, 28 September 2019

Program Outreach P.Islam PT3 2019

 Panatia Pendidikan Islam SBPI Rawang telah mengadakan Program Outreach P.Islam PT3 2019 pada 23.9.2019 ( Isnin) dan 27.9.2019 ( Jumaat) yang lalu.

Aktiviti dijalankan di Bilik Seminar Ibnu Khaldun.

Guru Pembimbing yang sangat berdedikasi menguruskan program tersebut ialah Pn Norrahila Hj Salleh dan Pn Farah Husna Ahmad.

Penglibatan semua calon PT3 . Aktiviti program ini sangat menarik dan bermanfaat kepada pelajar sebagai pembelajaran berpusatkan murid. Di samping sebagai ulangkaji sebelum Peperiksaan PT3 yg sebenar.

Tuan Pengetua Ustaz Hj Norazam juga turut menilai dan melihat persembahan murid T3 pada 27.9.2019. Semoga bermanfaat kepada pelajar T3.

Jutaan Terima kasih kepada Guru P.Islam Tingkatan 3 Pn Norrahila dan Pn Farah Husna.

Program Eksplorasi Fizik 2019

27 September 2019
8.00 am - 5.00 pm
Pusat Pendidikan Fathurrahman SEPINTAR
50 booth kelolaan murid-murid Tingkatan 4 & 5 SEPINTAR
* Mencakupi semua topik subjek Fizik SPM
* Menyentuh beberapa topik bagi subjek Sains KSSM
* Pembelajaran ‘Gallery Walk’ sepenuhnya berpusatkan murid & ‘hands-on’
* Mendpt kerjasama dgn Agensi Nuklear Malaysia utk peminjaman peralatan berkaitan topik keradioaktifan
* Dibantu oleh ahli-ahli rumah EMERALD sbg aktiviti sistem rumah.

Jumaat, 27 September 2019

Hari Konsultasi Akademik Tingkatan 5 Kali ke-4 2019

 Tarikh : 27/9/2019
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat : Dewan Al-Aqsa, SBP Integrasi Rawang.

Aktiviti :
1. Sesi konsultasi di antara ibu bapa dan murid dengan guru-guru mata pelajaran.
2. Membincangkan segala permasalahan dan menyusun atur semula cara terbaik pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid sebelum menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019.

االهم نجحنا فى الإمتحانات فى الدنيا والآخرة.



Khamis, 26 September 2019

KEPUTUSAN KONVENSYEN YESS PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

 24-26.9.19 | GENTING HIGHLAND
ANJURAN : SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Koperasi SBPI Rawang Berhad mewakili Negeri Selangor.

Pasukan YESS Negeri Selangor diwakili oleh putera dan puteri Sepintar.

Mereka ialah :
Wajdi, Irfan, Rifqi Amsyar, Mujahid

Puteri:
Norwafiqah,Hannan Badariah, Raihana dan Puteri Hazimah.

Guru Pembimbing:
Pn Noor Asniza Alias
En Yunus Saleh

Berikut keputusan rasmi Konvensyen YESS Peringkat Kebangsaan 2019.

Anugerah khas juri :
Melaka

Booth terbaik :
Kuala Lumpur

Pengurus projek terbaik :
Sabah

Guru pembimbing terbaik :
Perak

Pembentang terbaik:
Kelantan

Saguhati
Projek terbaik :
14. Perlis
13. Negeri
Sembilan
12.Kelantan
11. Sabah
10. Melaka
9. Perak
8. Pulau pinang
7. Selangor
6. Kuala Lumpur
5. Terengganu
4. Kedah

Ketiga
3. Johor

Naib johan
2. Sarawak

Johan
1. Pahang

Alhamdullillah murid Sepintar dapat menimba ilmu perniagaan. Semoga mereka terus cemerlang.




Isnin, 23 September 2019

Jemputan Hari Konsultasi Akademik Murid Tingkatan 5 tahun 2019

Surat Jemputan untuk rujukan

Jumaat, 20 September 2019

Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan

 Kelab Robotik SEPINTAR ( 19.9.2019 ~ Khamis) telah menghantar dua kumpulan robotik bagi menyertai Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Universiti Nilai.

Satu daripada dua kumpulan layak ke pusingan akhir, dan seterusnya mencatat nama selaku 'Top 20'. Secara tak langsung telah melayakkan diri ke Peringkat Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada November akan datang. Pasukan yang diwakili 3 puteri Sepintar yang berjaya ke pusingan seterusnya.

Alhamdulillah, tahniah kepada anak-anak SEPINTAR serta semua guru yang terlibat. Doakan agar mereka dapat lakukan yang lebih baik di Peringkat Antarabangsa nanti.

RAC '19 ANNUAL CHAMPIONSHIP
NATIONAL LEVEL
Robotic & Coding Competition
Venue: Nilai University
Date : 19/9/2019

Satu team robotik sepintar berjaya ke peringkat antarabangsa seterusnya

SEPINTAR Q
1. Nur firas wafiyah 4jm
2. Natasha Farhan 2ja
3. Nur ain 1jn




Isnin, 16 September 2019

Pertandingan IIDEX 2019

 Keputusan pertandingan IIDEX 2019 UiTM Shah Alam

Gold - 1
Silver - 7
Bronze - 6

Alhamdulillah

Ahad, 15 September 2019

INTERNATIONAL ECO NATURE RUN

Anjuran: MUSLEH & KPM
TARIKH: 14 SEPTEMBER 2019
TEMPAT: TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA
KATEGORI: 5 km & 7 km
Kelas: Dewasa, Sek Men & Sek Rendah

Sepintar kategori Sek Men jarak 5 km


Jum peserta: 4,000 ++

Pencapaian:
'Isyatul Hannan - ke-4

Semua peserta Sepintar berjaya mendapat medal pencapaian (menamatkan masa yg ditetapkan)

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP