Pada 30 Ogos - 1 Sept seramai 79 pelajar Lembaga Kepimpinan murid yang
terdiri daripada semua pemimpin pelajar( PP) , wakil Pembimbing rakan
Sebaya( (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPSS),Badan Dakwah dan Kerohanian (
BADAR) dan AJK SPBT telah menghadiri Kem Kepimpinan mengguna modul
Islamic Leadership ( I- lead) yang bertempat di Kem Rimba Bukit Lagong
di bawah kendalian Caliph Soul Consultant dan juga komitmen semua guru
penasihat sebagai urusetia program.
Objektif Program 3 hari 2
malam ni adalah untuk menerapkan ciri- ciri kepimpinan , melatih
peserta bergerak dalam pasukan, melatih kaedah menangani masalah secara
profesional ,membentuk disiplin, sahsiah dan akhlak dalam diri setiap
pemimpin sekolah.
Antara modul yang diaplikasi dalam kem ini
sangat menarik dan bermanfaat untuk diaplikasi oleh pemimpin sekolah .
Antara modul yang diterap ialah teambuilding, conflict Managment &
Decision Making, Islamic Leadership, Rahsia komunikasi & Pengucapan
Awam Memukau, Tip dan Trick Membina pengaruh menggunakan kaedah power
talk dan super LDK.
Peserta juga mengikuti aktiviti lasak iaitu
jungle tracking bermodul survival Life yang sangat bermanfaat kepada
setiap peserta dimana pelajar diberi bahan mentah dan perlu memasak
dalam masa yg telah ditetapkan menggunakan bahan- bahan sokongan dari
hutan.
Program ini adalah salah satu usaha dalam memberi latihan
kepimpinan sebagai usaha Kemenjadian pemimpin yang berkarisma dan
pengurusan organisasi yang cekap.
Semoga pemimpin sepintar akan lebih cemerlang .







