> SBPI Rawang: 2010

Rabu, 29 Disember 2010

Senarai Semak Barang Keperluan Pelajar Putera dan Puteri

Kepada semua ibubapa dan pelajar SEPINTAR, anda boleh memuat turun fail senarai semak di ruangan Free Download atau Klik Link berikut:

Senarai Semak Putera

Senarai Semak Puteri

Semua fail dalam format PDF

Anda boleh merujuk senarai barangan tersebut bagi memastikan anda tidak membawa barangan yang berlebihan atau tidak mencukupi.

Selasa, 28 Disember 2010

Mesyuarat Guru kali Pertama 2011



 Pada 27 Disember 2010, Mesyuarat Guru kali Pertama 2011 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR bertujuan memberi makluman, membuat penyelarasan serta berbincang ke arah mewujudkan SEPINTAR yang lebih gemilang. Pelbagai isu telah dibincangkan bersama dan mesyuarat susulan mengikut unit akan diadakan seterusnya pada 28 hingga 30 Disember 2010. Semoga segala perancangan akan berjaya dilaksanakan pada tahun 2011.

Khamis, 23 Disember 2010

Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2010

SEPINTAR sekali lagi mencatatkan keputusan yang membanggakan apabila seramai 61 orang calon PMR telah berjaya mecatat keputusan 9A dalam peperiksaan PMR 2010. Keputusan ini telah diumumkan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR  di Dewan Al-Aqsa. Majlis penyerahan cenderahati turut diadakan sejurus selepas pengumuman tersebut.




Rabu, 22 Disember 2010

Penyerahan Keputusan PMR

Peringatan Kepada Semua Calon PMR SEPINTAR 2010
Anda boleh mengambil keputusan peperiksaan di SEPINTAR pada 23 Disember 2010.
Pelajar-pelajar adalah diingatkan supaya menunjukkan imej yang kemas dan berdisiplin serta diingat pakaian adalah Baju Batik SEPINTAR. Harap maklum.

Ahad, 19 Disember 2010

Majlis Graduasi Sepintar 2010

  
 Majlis Graduasi pada tahun ini telah diadakan di Dewan Utama UNISEL, Kuala Selangor pada 18 Disember 2010. Majlis bermula pada pukul 10 pagi dan dirasmikan oleh Prof Dato' Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid yang merupakan Tokoh Akademik Negara. Di majlis ini juga, slot Sirih Pulang ke Gagang disaksikan oleh Prof Dato' Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dan disempurnakan bacaan akadnya oleh Pn Pengetua dan wakil ibubapa iaitu En Asmadi Arif. Semoga majlis ini menjadi perangsang kearah kejayaan Garduan SEPINTAR.

Jumaat, 3 Disember 2010

Peta ke UNISEL

Klik pada gambar dan save image. Peta disediakan untuk pandu arah sempena Majlis Graduasi SEPINTAR yang akan diadakan pada 18 Disember 2010,

Sabtu, 27 November 2010

Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Sessi 2011


 Seawal 7 pagi lagi, SEPINTAR dibanjiri ibubapa serta anak masing-masing bagi menghadiri temuduga yang dijadualkan jam 8 pagi. Para calon telah melalui pelbagai sessi yang telah dikendalikan oleh guru-guru serta pentadbir SEPINTAR sendiri. Kakitangan SEPINTAR juga telah bertungkus lumus dalam membantu pengurusan dan kelancaran sessi yang diadakan.

Khamis, 25 November 2010

PENGUMUMAN TEMUDUGA KE TINGKATAN SATU SESSI 2011 DI SBPI RAWANG

Sukacita dimaklumkan bahawa satu sessi Temuduga Kemasukan Tingkatan 1
di SBPI Rawang akan diadakan seperti butiran berikut:

  • Tarikh     : 27 November 2010 (Sabtu)
  • Masa      : 8 pagi
  • Tempat   : SBP Integrasi Rawang
Sila bawa bersama :
  • Slip Gaji pendapatan ibubapa
  • Satu salinan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun, Tahun 6 (Percubaan UPSR)
  • Salinan asal butiran yang diperlukan:
    1. Sijil Kelahiran Murid
    2. Sijil Kelahiran Ibu
    3. Sijil Kelahiran Bapa
    4. Keputusan UPSR
    5. Keputusan PSRA atau Sijil Agama
    6. Sijil-sijil Kokurikulum
  • Alat tulis yang lengkap
Calon-calon juga dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Harap semua dapat hadir pada masa yang ditetapkan. Sekian.


Senarai nama pelajar yang terpilih untuk temuduga boleh dimuat turun di ruangan Free Download atau Link ini:

Rabu, 17 November 2010

Program Ibadah Korban SEPINTAR

SBPI Rawang berjaya menganjurkan Ibadah Korban pada 16/11/2010 iaitu selepas Solat Hari Raya Aidil Adha.

Seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM turut serta dalam menguruskan lembu korban sebanyak 3 ekor.

Turut serta dalam program ini ialah ibu-bapa pelajar, AJK PIBG, Persatuan Alumni SEPINTAR -bekas pelajar tahun 2006-2009.

Rabu, 10 November 2010

Majlis Penutup Program Nilam 2010

Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Penutupan Program NILAM peringkat sekolah. Hadiah telah disampaikan oleh Pn Hjh Senaini Long, Pengetua SEPINTAR.

Majlis Penutup Karnival Sains dan Teknologi Negeri Selangor 2010

SEPINTAR telah diberi kepercayaan sebagai Tuan Rumah Karnival yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8 dan 9 November 2010. Majlis Penutup disempurnakan oleh Pn Patipah, Timb PPD Gombak dan beliau telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Wakil SEPINTAR telah muncul sebagai naib Johan Pertandingan Pelancaran Roket peringkat negeri. Mereka adalah Muhammad Hazim Zakariya dan Ahmad Zuraidi Mahmud. Di pertandingan Peringkat Daerah, mereka telah muncul sebagai Johan. Syabas dan semoga prestasi yang menakjubkan ini dapat dikekalkan.

Selasa, 9 November 2010

Program selepas PMR bersama Pelajar SEMASHUR

Program yang dianjurkan Unit Kaunseling SEPINTAR bertujuan mengeratkan hubungan pelajar serta mengisi slot Program Selepas PMR. Aktiviti-aktiviti yang diadakan lebih bersifat outdoor serta menguji ketahanan dan semangat berpasukan.

Karnival Sains dan Teknologi Negeri Selangor 2010

Suasana sekitar Karnival yang berlangsung di SEPINTAR.

Ahad, 7 November 2010

Bengkel Buku Manual Pengurusan Kerja (Hari ke-3)


Majlis penutup bengkel berlangsung pada hari ini dan dihadiri YM Tengku Abdussalam bin Tengku Awang, Penolong Pengarah Unit Promosi, Inovasi dan Media BTPNT. Dalam majlis ini juga, kedua-dua pihak saling bertukar cenderamata. Semua peserta bertolak pulang jam 11 pagi. Diharapkan apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun hadapan.

Bengkel Pemantapan Buku Manual Pengurusan Kerja (Hari ke-2)

Shot sekitar hari ke-2 bengkel di BTPNT. Perbincangan masih diteruskan dan slot Kajian Lapangan turut diadakan sekitar Kuala Terengganu. Peserta-peserta bengkel meneruskan kerja sehingga jam 11 malam sebelum bergerak ke bilik masing-masing.

Jumaat, 5 November 2010

Bengkel Pemantapan Buku Manual Pengurusan Kerja (Hari 1)


Bengkel Pemantapan MPK 2011 pada kali ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Mengumpulkan semua guru-guru SEPINTAR serta beberapa kakitangan SEPINTAR yang bertindak selaku urusetia bengkel. Tiba di BTPNT jam 9 pagi dan taklimat serta bengkel bermula jam 3 petang. Guru-guru berbincang didalam kumpulan masing-masing mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Slot pada hari ini berjalan lancar dan setiap bahagian rancak membincangkan aktiviti masing-masing. 

Rabu, 3 November 2010

Hari Kualiti HEM dan Kokurikulum




 Majlis ini telah diadakan bagi menghargai individu-individu yang telah menyumbang dalam pembangunan kokurikulum dan hal ehwal murid. Berlangsung di Dewan Al-Aqsa dan telah dirasmikan oleh En Rozman bin Dato Hj Isli, Pengarah Urusan ISRO Holdings Sdn Bhd. Semoga anugerah-anugerah yang disampaikan dapat menyemarakkan semangat semua.

Isnin, 1 November 2010

Karnival Sains dan Teknologi Daerah Gombak


SBPI Rawang telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Karnival Sains Daerah Gombak. Antara acara yang dipertandingkan adalah Solar Cooking, Water Rocket, Solar Car dan sebagainya. Seterusnya SBPI Rawang akan menjadi Tuan Rumah Karnival peringkat negeri Selangor yang akan berlangsung pada 8-9 November 2010.

Kunjungan oleh SBPI Jempol

 SEPINTAR pada pagi ini menerima kunjungan dari pelajar-pelajar Sains Agama SBPI Jempol yang ingin melihat sendiri P&P di SEPINTAR. Mereka turut menyertai kelas pelajar-pelajar SEPINTAR yang sedang berlangsung. Terima kasih di atas kunjungan, semoga hubungan yang baik berkekalan.

Pelancaran Kempen Kitar Semula


Pada pagi ini telah diadakan majlis pelancaran Kempen Kitar Semula peringkat sekolah. Kempen ini turut disokong oleh Koperasi SEPINTAR yang menawarkan skim khas kepada pelajar-pelajar bagi memastikan kempen ini berjaya. Diharapkan dengan kempen seumpama ini, warga SEPINTAR akan mempunyai kesedaran yang lebih ke arah menyayangi alam sekitar.

Ahad, 31 Oktober 2010

Kursus Imam dan Bilal

 Bermula 29 hingga 31 Oktober 2010, pelajar tingkatan 3 dan 4 telah mingikuti Kursus Imam dan Bilal di SEPINTAR. Fasilitator yang telah dijemput untuk mengendalikan adalah dari Darul Quran. Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Ustaz Kamilen bin Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Mesyuarat Agung Koperasi SEPINTAR


Koperasi SEPINTAR telah mengadakan Mesyuarat Agung di Dewan Al-Aqsa dihadiri oleh semua pemegang syer koperasi. Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR telah memberi ucapan dan menyampaikan hadiah. Pemilihan AJK baru serta pengumuman bonus dan honorarium telah diadakan pada mesyuarat ini.

Khamis, 21 Oktober 2010

Mesyuarat Prestasi Kontraktor Makanan, Keselamatan dan Kebersihan KPM


SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah mesyuarat yang berlangsung sepanjang hari. Cik Zakiah, Pegawai BPSBPSK telah mempengerusikan majlis.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP