> SBPI Rawang: 2020

Sabtu, 10 Oktober 2020

Perasmian Pejabat Guru 2

 






9/10/2020

Perasmian pejabat guru 2 sepintar disempurnakan tn hj addenan osman mantan pengetua sepintar.
Penantian enam tahun guru-guru tmua untuk berada dalam pejabat guru yang kondusif akhirnya tertunai jua.
Alhamdulillah.

Ahad, 27 September 2020

Mahrajan Adab dan Nilai KPM peringkat Daerah Gombak




26/9/2020. Sepintar dinobatkan sebagai naib johan keseluruhan mahrajan adab dan nilai kpm peringkat daerah gombak tahun 2020.
Tahniah kepada semua pemenang, pkkoku, guru pembimbing, jurulatih, guru-guru dan ibu bapa.
Alhamdulillah

 

Sabtu, 26 September 2020

Taklimat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus.

 


25/9/2020
Taklimat pentaksiran kemasukan sekolah khusus untuk negeri selangor dan wilayah persekutuan telah dilaksanakan di dewan al-aqsa sepintar dihadiri oleh 200 peserta.
Taklimat disampaikan oleh en fauzi sunary, pegawai bpsbp kpm cyberjaya.

Jumaat, 25 September 2020

Kunjungan Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan, KPM

 



24/9/2020. Hari ini sepintar menerima kunjungan ybhg tn hj mustafa bin sidi, timbalan pengarah lembaga peperiksaan kpm dan pegawai beliau ustaz aminullah.
Tujuan lawatan adalah untuk tn timbalan pengarah mendapatkan gambaran mengenai perjalanan tmua di sepintar khususnya mengenai rekod tasmik hafazan, bilangan murid yang telah khatam hafazan dan langkah-langkah intervensi yang diambil oleh sekolah untuk memastikan semua murid mencapai sasaran muqarrar pada setiap tahun.
(Catatan: muqarrar sepintar adalah 7-8-7-8-0)
Terima kasih tuan hj mustafa atas lawatan ini.

Khamis, 24 September 2020

LADAP Aspirasi Kenegaraan, Inspirasi Rukun Negara




23/9/2020
LDP sepintar membawakan ceramah ybhg us erfino johari, penceramah dan personaliti tv bertajuk aspirasi kenegaraan, inspirasi rukun negara.
Banyak perkara yang dipelajari. Antaranya; jenis-jenis pemerintahan negara-negara dunia, fasal-fasal dalam perlembagaan, maqasid syar’iyyah dalam perlembagaan dan rukun negara, islam sebagai ugama persekutuan, kepentingan dan kuasa institusi raja-raja melayu dan banyak lagi. Kami juga didedahkan kepada dalil bahawa cinta negara (hubbul watan) adalah sebahagian daripada tuntutan agama.
Alhamdulillah sesi ldp kali ini berjaya menambahkan cinta kami kepada negara Malaysia yang akan kami pertahankan kedaulatannya. Sebagai guru kami akan wariskan rasa cinta ini dalam diri anak-anak sepintar kami juga, insya-Allah.

 

Khamis, 17 September 2020

Perkongsian Pintar Bersama UNiKL



Pada tanggal 16 September 2020, Unit Kaunseling Sepintar telah menganjurkan sesi Perkongsian Pintar Bersama UNiKL di Dewan Al-Aqsa SBPI Rawang. Program telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari. Program ini dikendalikan oleh Unit Kaunseling di bawah penyelarasan En Esa Abd Samad dan En Sheikh Abdul Jawwad dari UniKL. Program dimulakan dengan doa dan bacaan Rukun 15. Seterusnya perkongsian daripada En Mohd Fathy Hafiz Azizan, Pegawai UniKL tentang program pengajian selepas SPM di UniKL termasuk program Ulul Albab. Seterusnya perkongsian daripada Dr Nurul Hanis Azham, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UnIKL tentang tips cemerlang Fizik dan Matematik Tambahan dan aplikasi subjek-subjek kritikal ini dalam kerjaya dan kehidupan. Keseluruhannya program ini menarik minat murid-murid untuk menceburi pengajian dan kerjaya dalam Sains dan Matematik khasnya program Ulul Albab dan mempertingkat motivasi mereka untuk belajar khasnya menguasai subjek-subjek kritikal.
 

Khamis, 10 September 2020

Taklimat Pengurusan Dewan Makan

 




Mesyuarat warden sepintar hari ini 9/9/2020 digabungkan sekali dengan PLC pengurusan dewan makan.
Cik azyyati penyelia asrama sepintar memberikan penerangan terperinci mengenai peranan yang perlu dilaksanakan oleh warden berkaitan dewan makan.
Sesi yang sangat bermanfaat.
Tahniah cik azyyati, pkhem dan semua warden sekalian.

Isnin, 7 September 2020

 




Alhamdulillah pada ahad 6 sep 2020 sepintar telah menerima sumbangan 10 buah meja batu untuk diletakkan di persekitaran sekolah.
Sepintar sangat berterima kasih kepada pihak ibu bapa yang menyumbang. Semoga menjadi amal jariah berpanjang insyaallah.

Sabtu, 29 Ogos 2020

Bengkel Pengukuhan Jati Diri Tingkatan 1




Bengkel Pengukuhan Jati Diri Tingkatan 1
Alhamdulillah pada jam 3.00-5.00 PM 28 Ogos 2020 bertempat di Dewan Al Aqsa seramai 130 murid Tingkatan 1 diberi bimbingan pengukuhan jati diri. Aktiviti bermula dengan mind setting amanah diri sebagai murid SBP diikuti sesi latihan dalam kumpulan dikendalikan PRS Tingkatan 4 merangkumi bimbingan personal hygiene, Pengurusan loker, akademik, dan hafazan Quran, adab-adab komunikasi, dan sebagainya. Aktiviti berjalan lancar dan mendapat respon positif murid-murid. Moga-moga anak2 Tingkatan 1 lebih berhati diri dan proaktif

 

Selasa, 25 Ogos 2020

Perkampungan Ilmu Tingkatan 5






Perkampungan ilmu tingkatan 5 sepintar bermula pada 19 ogos hingga 24 ogos 2020.
Subjek yang terlibat adalah matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa inggeris, bahasa arab, pendidikan islam dan maharat al-Quran.
Ya Allah, kami menjadi saksi bahawa murid-murid tingkatan 5, ibu bapa dan guru-guru sepintar telah mengorbankan waktu cuti mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam spm 2020.
Maka berilah mereka kejayaan cemerlang yang mereka harapkan. Semoga dengan kejayaan ini mereka menjadi hamba yang bersyukur dan menjadi manusia yang berguna kepada manusia lain.

 

Rabu, 15 Julai 2020

Borang Pendaftaran dan Akujanji Peranti


Jumaat, 13 Mac 2020

Kejohanan Olahraga MSSS

9-12 Mac 2020,  Kejohanan Olahraga MSSS berlangsung di Mini Stadium USJ 23.

Atlet sekolah iaitu Muhammad Razif Bin Ismail telah mengharumkan nama Sepintar dan Gombak dalam acara kegemarannya iaitu Lompat Kijang dengan pencapaian pingat Perak
Kejohanan berlangsung dari 9 hingga 12 Mac 2020.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP