> SBPI Rawang: LADAP Aspirasi Kenegaraan, Inspirasi Rukun Negara

Khamis, 24 September 2020

LADAP Aspirasi Kenegaraan, Inspirasi Rukun Negara




23/9/2020
LDP sepintar membawakan ceramah ybhg us erfino johari, penceramah dan personaliti tv bertajuk aspirasi kenegaraan, inspirasi rukun negara.
Banyak perkara yang dipelajari. Antaranya; jenis-jenis pemerintahan negara-negara dunia, fasal-fasal dalam perlembagaan, maqasid syar’iyyah dalam perlembagaan dan rukun negara, islam sebagai ugama persekutuan, kepentingan dan kuasa institusi raja-raja melayu dan banyak lagi. Kami juga didedahkan kepada dalil bahawa cinta negara (hubbul watan) adalah sebahagian daripada tuntutan agama.
Alhamdulillah sesi ldp kali ini berjaya menambahkan cinta kami kepada negara Malaysia yang akan kami pertahankan kedaulatannya. Sebagai guru kami akan wariskan rasa cinta ini dalam diri anak-anak sepintar kami juga, insya-Allah.

 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP