> SBPI Rawang: Perkongsian Pintar Bersama UNiKL

Khamis, 17 September 2020

Perkongsian Pintar Bersama UNiKL



Pada tanggal 16 September 2020, Unit Kaunseling Sepintar telah menganjurkan sesi Perkongsian Pintar Bersama UNiKL di Dewan Al-Aqsa SBPI Rawang. Program telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12 tengahari. Program ini dikendalikan oleh Unit Kaunseling di bawah penyelarasan En Esa Abd Samad dan En Sheikh Abdul Jawwad dari UniKL. Program dimulakan dengan doa dan bacaan Rukun 15. Seterusnya perkongsian daripada En Mohd Fathy Hafiz Azizan, Pegawai UniKL tentang program pengajian selepas SPM di UniKL termasuk program Ulul Albab. Seterusnya perkongsian daripada Dr Nurul Hanis Azham, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik UnIKL tentang tips cemerlang Fizik dan Matematik Tambahan dan aplikasi subjek-subjek kritikal ini dalam kerjaya dan kehidupan. Keseluruhannya program ini menarik minat murid-murid untuk menceburi pengajian dan kerjaya dalam Sains dan Matematik khasnya program Ulul Albab dan mempertingkat motivasi mereka untuk belajar khasnya menguasai subjek-subjek kritikal.
 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP