21-23 Mac 2016, Panitia Kemahiran Hidup telah menganjurkan program yang bermatlamat mencungkil bakat murid dalam masakan di kalangan murid dan terbuka hanya untuk murid puteri Tingkatan 1-3 sahaja. Tema masakan:
Kuih muih
Hidangan sepinggan lengkap
Aneka cup cake
Kesemua 8 kumpulan yang menyertai telah berjaya menyediakan menu serta hidangan seperti yang dirancang dan diadili oleh para hakim yang berkaliber dalam bidang makanan.
11 Mac 2016, Perhimpunan bulanan merupakan agenda wajib SEPINTAR yang mengumpulkan AKP dan Guru bersama Pentadbir dalam memberi penjelasan hala tuju SEPINTAR dalam mencapai kecemerlangan. Perhimunan kali ini dikelolakan oleh Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan bertempat di Bilik Seminar.
9 Mac 2016, Semua warga SEPINTAR telah berkumpul bermula jam 7.30 pagi di Masjid Al-Qadisiah, SEPINTAR bagi sama-sama mengerjakan solat sunat Gerhana. Aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada murid garis panduan pelaksanaan solat sunat Gerhana yang betul.
3-6 Mac 2016, Pasukan Memanah SEPINTAR telah menyertai pertandingan ini dan berikut merupakan pencapaian pasukan.
Ainul Mardiyah Roslan Hakim - Juara Olimpik Round Individu P, Naib Johan jarak 60 m Individu SBP
ke-3 Berkumpulan 60m SBP
ke-4 jarak 60m individu Terbuka
ke-4 berkumpulan 60m terbuka.
Gambar-gambar sekitar pelaksanaan Sukantara SEPINTAR. Semua murid perlu menyertai acara yang dipertandingkan dan markah akan dikira sekiranya peserta melepasi tahap acara.
3 Mac 2016, Keputusan SPM 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari ini. Seramai 36 orang calon SPM 2015 SEPINTAR telah memperolehi keputusan Straight A's. Pengumuman dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SEPINTAR dan Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa. Tahniah dan syabas