Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

Operasi Pemulangan dan Pengagihan Buku Teks

Imej
30 jan 2021. Sabtu Operasi pemulangan dan pengagihan buku teks sepintar bermula dengan tingkatan lima.  Proses dilaksanakan secara pandu lalu untuk memastikan keselamatan semua pihak.  Terima kasih kepada pasukan spbt di bawah pimpinan puan hashida.  Terima kasih ibu bapa yang hadir. Semoga pdpr anak-anak berjalan lancar.  Dalam masa yang sama, buku-buku teks digital juga boleh digunakan. Kualiti dan fungsi sama إن شاء الله.  Di mana untuk mendapatkannya? Gelintar di sini 👇🏼 Link channel buku teks setiap tingkatan Tingkatan 1 - https://t.me/Channel1BukuTeksKSSM Tingkatan 2 - https://t.me/Channel2BukuTeksKSSM Tingkatan 3 - https://t.me/Channel3BukuTeksKSSM Tingkatan 4 - https://t.me/httpstmejoinchatAAAAAFan6t Tingkatan 5 - https://t.me/Channel5BukuTeksKSSM Moga dapat membantu😃

Sumbangan Penghadang Muka dan Pelitup Separuh Muka

Imej
29 Januari 2021, Hari ini sepintar menerima sumbangan penghadang muka dan pelitup separuh muka sumbangan muslim care dengan kerjasama utem dan caring pharmacy.  Sumbangan disampaikan oleh tn hj zulkifli wahijan yang juga salah seorang bapa murid sepintar.  Semoga sumbangan ini menjadi sumber pahala yang berpanjangan buat para penyumbang. Kami amat menghargainya.  الحمد لله شكرا وجزاكم الله خيرا ☺️  

Sistem Tanpa Tunai Kad BSN di KOPINTAR

Imej
  21.1.2021 Alhamdulillah. KOPINTAR telah menjalinkan kerjasama dengan BSN melangkah kehadapan memudahkan sitem transaksi di Kedai KOPINTAR dengan menggunakan sistem tanpa tunai (cashless). Semua warga SEPINTAR boleh melakukan pembelian di KOPINTAR tanpa tunai dengan menggunakan kad debit/kredit secara paywave atau nombor pin keselamatan. Tuan Pengetua telah merasmikan pembelian pertama menggunakan kad debit di Kedai KOPINTAR pada hari ini. Murid-murid boleh membuka akaun dan kad BSN di mana-mana cawangan BSN sebelum sesi persekolahan dibuka dan boleh melakukan pembayaran pembelian di Kedai KOPINTAR dengan menggunakan kad BSN sahaja. Tak perlu pegang tunai dengan banyak lagi di asrama. Selamat menikmati kemudahan yang ada di KOPINTAR buat semua warga SEPINTAR.

Projek Menaiktaraf Masjid Al Qadisiah SBPI Rawang, Fasa 1

Imej
12.1.2021 Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT projek menaiktaraf Masjid Al Qadisiah SBPI Rawang Fasa 1 berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada semua penderma yang budiman dari kalangan ahli PIBG dan bukan ahli yang telah menyokong projek ini sejak misi pertama kutipan dana sempena program golf amal PIBG. Tidak dilupakan seluruh AJK Golf Amal PIBG 2017 yang komited menyumbang masa dan tenaga. Ucapan terima kasih turut dirakamkan untuk AJK PIBG sesi 2017 sehingga 2020, ahli-ahli PIBG dan individu yang terus menerus memberi sumbangan demi menjayakan misi ini. Penghargaan juga diberikan kepada En Yuzairi yang telah berusaha gigih dalam menyiapkan kerja-kerja akhir projek Fasa 1. Masjid Al Qadisiah akan memberi manfaat besar kepada anak-anak tahfiz ulul albab dan para guru serta seluruh warga Sepintar. Rakaman gambar yang menunjukkan keadaan Masjid sebelum projek naiktaraf dimulakan dan keadaan terkini Masjid. Gambar Ihsan dari Tuan Hj Nor Azam Abdullah, Pengetua Cemerlang SBPI Rawang. ...

Tulisan Tuan Pengetua dalam BH 8 Januari 2021

Imej
Tulisan tuan pengetua sepintar dalam BH hari ini 8/1/2021.