Alhamdulillah Kelab Tingkatan 1 dengan kerjasama Unit Kaunseling telah menjayakan Majlis Kenduri Kesyukuran dan Ukhwah Sempena Minggu Orientasi, Pelancaran Kelab Tingkatan 1 dan E Dompet Tingkatan 1 pada 7 Mac 2020 di Masjid AlQadisiah, Dewan AlAqsa dan Anjung Fathurrahman Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, Yassin dan doa selamat tanda kesyukuran dipimpin sendiri oleh anakanda En Hannan AJK Kelab Tingkatan 1 Selepas itu ibu bapa dan penjaga bergerak ke Dewan AlAqsa untuk majlis Perasmian Kenduri Kesyukuran dan Ukhwah Tingkatan 1, E Dompet Kelab Tingkatan 1 dan Kelab Tingkatan 1 oleh YDP PIBG Datok Hih Hazizah Kassim. Sebelum perasmian oleh YDP PIBG, Tn Haji Kamilen Marzoki selaku Pen Kanan sempat berucap untuk menitipkan semangat kepada ibu bapa agar terus merapatkan ukhwah dan bersama-sama memartabatkan Sepintar. Dalam ucapan perasmian YDP PIBG menyeru ibu bapa dan penjaga Tingkatan 1 untuk terus menyokong perkembangan anak-anak.Beliau memuji kehadiran begitu rama...