> SBPI Rawang: Penyampaian Watikah Pelantikan Imam dan Bilal Masjid Al-Qodisiah SBPI Rawang

Selasa, 3 Mac 2020

Penyampaian Watikah Pelantikan Imam dan Bilal Masjid Al-Qodisiah SBPI Rawang

 Alhamdulillah. Pada pagi hari isnin 2.3.2020 pihak jawatan kuasa masjid telah selamat menyampaikan Watikah Pelantikan Imam dan Bilal Masjid Al-Qodisiah SBPI Rawang. Mudah-mudahan dengan permulaan usaha ini dapat melahirkan anak-anak sepintar yang mampu untuk menjadi imam dan bilal dengan lebih baik bacaannya serta penjagaan makhraj tajwid yang lebih teliti ketika menjadi imam dan bilal walau di mana mereka berada. Terima kasih diucapkan pada semua yang terlibat dalam usaha ini. Semoga Allah kurniakan ganjaran dan balasan yang baik buat kalian. Ameen.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP