> SBPI Rawang: Sepintar F5 Students @ UNITEN

Isnin, 2 Mac 2020

Sepintar F5 Students @ UNITEN

 28 feb - 1 mac 2020.
Alhamdulilah tamat sudah program kerjaya perkampungan menara gading yg berlangsung selama 3 hari 2 malam di Uniten.
Kami unit UBK ingin memberikan ucapan penghargaan dan terima kasih kpd Pn. Ruslina PK HEM yg sentiasa memberi sokongan program UBK, juga kpd s/u PKKS Pn. Hamizan yg memberi laluan minggu ini kpd program UBK, guru TMUA ust Shauqie dan ust Aizat yg mengiringi murid di dlm bas.
Semoga para murid dpt memanfaatkan segala ilmu dan kemahiran yg diperoleh terutama berkaitan dgn hala tuju selepas SPM bak kata Dr Hjh Zakiah bt Shafiee KPP Kanan SBP, kemenjadian murid SBP dilihat apabila murid tersebut tamat SPM dgn mempunyai nilai brandnya yg tersendiri yg dilengkapi dgn akademik yg cemerlang, nilai dan akhlak yg baik serta mendapat tajaan scholarship utk pengajian sama ada universiti dalam/luar negara.
- Laporan cikgu hafiz gbk sepintar
Tahniah dan terima kasih unit bimbingan dan kaunseling sepintar yang menyusun program ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP