Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

3rd International Shariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design Expo 2021 (isciiid) 2021

Imej
  25 November 2021. 3rd international shariah compliant idea, invention, innovation & design expo 2021 (isciiid) 2021 baru saja melabuhkan tirainya. Guru-guru sepintar telah menghantar 5 inovasi untuk dipertandingkan. Hasilnya, inovasi-inovasi tersebut berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 1 perak dan 3 gangsa, alhamdulillah. Senarai projek dan pingat dinyatakan di bawah: 1. Rukun 15 - emas 2. Hamasah - perak 3. Diari Murid Cemerlang (dmc) - gangsa 4. Tamam; gamifikasi maharat - gangsa 5. Temuduga tahfiz online - gangsa Peringkat antarabangsa tu.... Terima kasih dah tahniah kepada ahli-ahli pasukan: Ustazah khadijah, ustazah Najwa Qurratul Ain , ustazah hanisah, cikgu asniza, us Yunus Saleh , ustaz Mohamed Khalid Shahul Hameed , ustaz Tengku Ashraf Tengku Zakaria dan ustaz nor azam. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada ybrs prof madya ts dr mohd nor mamat atas bimbingan yang diberikan yang sangat bermanfaat.

Suntikan Vaksin Dos ke-2

Imej
  19 November 2021. Suntikan vaksin dos kedua untuk anak-anak sepintar dilaksanakan khusus untuk mereka di dewan al-aqsa SBPI Rawang. Terima kasih pkd gombak atas kerja sama erat yang diberikan. Semoga anak-anak kita sihat-sihat sahaja tanpa kesan sampingan, amin.

Saringan Covid 19

Imej
12 November 2021. Alhamdulillah saringan kendiri covid 19 kedua untuk murid tingkatan 1 dan 2 dan saringan ketiga murid tingkatan 3 dan 4 berjalan lancar. Alhamdulillah 100% negatif.

Majlis Khatam Hafazan, Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan SBPI Rawang

Imej
  Hebahan Program yang akan berlangsung esok 12/11/2021. 

Agihan Makanan Sunnah kepada Semua Murid

Imej
11 November 2021, Suasana sekitar pengagihan makanan sunnah kepada semua murid yang berlangsung di Dataran Raudhah. 

Peperiksaan Percubaan SPM

Imej
8 November 2021. Peperiksaan Percubaan SPM bermula dengan Bahasa Melayu kertas 1.

Perhimpunan Rasmi 8 Nov 2021

Imej
  8 November 2021, Perhimpunan Rasmi secara atas talian melalui saluran Youtube Media SBPIRawang

PENDAFTARAN MURID & UJIAN KENDIRI COVID-19 TINGKATAN 3 & 4

Imej
  31 Oktober 2021, Sesi pendaftaran murid tingkatan 3 & 4 telah berjalan lancar dengan bantuan murid tingkatan 5 yang telah hadir lebih awal. Ujian kendiri yang dijalankan juga semuanya menunjukkan keputusan Negatif. Semoga SEPINTAR terus mendapat rahmat dan perlindungan ilahi. Terima kasih kepada semua petugas yang memberi sumbangan bakti sepanjang sesi berjalan.