> SBPI Rawang: Ogos 2015

Jumaat, 28 Ogos 2015

Perhimpunan Bulan Ogos

 27 Ogos 2015, Bidang Pedidikan Islam bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan perhimpunan bulan Ogos bertempat di Bilik Seminar. Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan ucapan serta menyampaikan hadiah kepada warga kerja SEPINTAR.

Khamis, 27 Ogos 2015

Lawatan Penandaaras Program TMUA SBPI Batu Rakit di SEPINTAR

26 - 27 Ogos 2015, SEPINTAR telah menerima delegasi dari SBPI Batu Rakit yang hadir bagi menjalankan Penandaarasan Program TMUA. Perbincangan serta perkongsian pengalaman turut diadakan di Bilik Mesyuarat. Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kecemerlangan murid SEPINTAR dan BRaINS.

Bengkel Pengujian Single Sign On (SSO)

 24-26 Ogos 2015, Bengkel yang diadakan di Makmal Komputer SEPINTAR ini diadakan secara berperingkat mengikut jadual yang disusun bagi membolehkan semua warga kerja SEPINTAR mengikuti bengkel yang diadakan ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Iliyana, Guru Data SEPINTAR.

Rabu, 26 Ogos 2015

Latihan Pengungsian Bangunan Blok Akademik

26 Ogos 2015, JK Keselamatan SEPINTAR di bawah Unit HEM telah berjaya menjalankan Latihan Pengungsian Bangunan Blok Akademik bermula jam 1 petang melibatkan semua warga SEPINTAR. Tn Misnan Ismail, Pegawai Penyelia Latihan Balai Bomba Batu Arang telah hadir bersama 7 anggota untuk mengendalikan latihan ini. Demonstrasi memadam kebakaran turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga SEPINTAR langkah pencegahan kebakaran yang berkesan. Beberapa orang guru dan murid diberi peluang untuk memadamkan kebakaran  di Dataran Raudhah. Pihak SEPINTAR mengucapkan terima kasih di atas tunjuk ajar yang ditunjukkan oleh pihak Bomba Batu Arang.

Ahad, 23 Ogos 2015

Program Jaringan Panitia Sains


 21-23 Ogos 2015, Panitia Sains SBPI Rawang bersama Panitia Sains SMS Hulu Selangor telah mengadakan program jaringan bagi tujuan pemantapan Guru Muda Sains bagi calon PT3 2015. Antara tujuan dan objektif program adalah melonjakkan kecemerlangan matapelajaran Sains, pengukuhan konsep asas sains dan teknik menjawab secara menyeluruh bagi soalan KBAT konstruk aplikasi, menilai, analisis dan rekacipta. Seramai 40 orang murid SEPINTAR dan 40 orang murid SEMASHUR terlibat dalam program ini.

Latihan Pengungsian Bangunan Asrama SEPINTAR

 23 Ogos 2015, Latihan Pengungsian Bangunan atau 'Fire Drill' merupakan aktiviti yang perlu dilakukan di setiap premis bagi memastikan penghuni bersedia dan awas sekiranya berlaku kecemasan. Latihan peringkat asrama telah berjaya dijalankan bermula jam 3.30 pagi dengan siren dibunyikan selama 5 minit. Selepas masa tamat, bilangan yang terselamat dan tidak terselamat dikira serta direkodkan. Semua penghuni kemudiannya berkumpul di depan masjid bagi mendengar taklimat dari En Adi Muhaimin, Pegawai Latihan dari Balai Bomba Batu Arang. Latihan ini mendapat kerjasama dari Anggota Bomba Batu Arang bersama Tn Aminudin Derani selaku Penyelia Latihan. Semua murid bersurai tepat jam 4.15 pagi dan latihan kali ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Sabtu, 22 Ogos 2015

Tilawah Hari Puteri PPIM Peringkat Negeri Selangor



22 Ogos 2015, Berita terkini  dari Sg Choh seorang pelajar Puteri PPIM dari Sepintar telah berjaya mendapat  kedudukan Tiga teratas dalam pertandingan Tilawah Quran sempena Hari Puteri Peringkat Negeri Zone Gombak & Hulu Selangor. Walau bagaimanapun Puteri PPIM dari Sepintar ini berjaya ditewaskan oleh dua orang peserta lagi antara mereka bertiga. Dengan itu secara rasmi keputusannya  Puteri bernama Fatiha Aina Umaira bt Sulaiman  ( 1JF) berjaya mendapat tempat  ke - 3  di dalam pertandingan Tilawah Hari Puteri PPIM Peringkat Negeri. Syukur kepada Allah terima kasih kpd warga pendidik Sepintar yg berikan dorongan, sokongan dan kerjasama sehingga hari pertandingan dan perolehi kejayaan .

Jumaat, 21 Ogos 2015

Taklimat Pengendalian Sistem AV Learning Centre

 20 Ogos 2015, Learning Centre SEPINTAR merupakan satu lagi kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi memberi ruang ke arah 21st Century Classroom. Beberapa orang guru yang hadir menunjukkan minat yang baik ketika mangikuti taklimat yang disampaikan oleh En Tan Len Wah dari Jazha Teknik Sdn Bhd iaitu syarikat yang dilantik bagi melengkapkan AV learning centre. Taklimat yang berlangsung selama 2 jam ini mencakupi teori, praktikal dan sesi soal jawab peserta.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP