Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Majlis Penutup Minggu Orientasi Pelajar Thailand Kohort 4

Imej
 30 Jun 2011, Bagi menandakan telah berakhirnya Program Orientasi pelajar Thailand Kohort 4, satu majlis penutup telah diadakan di SMK Agama Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn Nik Samihah Nik Mohd Maidin, Ketua Sektor Pendidikan Islam JPWP. Pelajar-pelajar telah turut membuat persembahan bagi menghiburkan hadirin. 

Karnival Hari Koperasi Sekolah 2011

Imej
 29 Jun 2011, Bertemakan "1 Untuk Semua, Semua Untuk 1", Hari Koperasi Sekolah telah berlangsung sepanjang bulan Jun di seluruh Malaysia. Bagi menandakan tamatnya program ini, Koperasi SEPINTAR telah mengadakan dengan jayanya Karnival Hari Koperasi Sekolah. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah diatur bagi memeriahkan Karnival ini. Beberapa sekolah telah dijemput menyertai Karnival ini dan beberapa Taska turut menghantar wakil bagi menyertai Pertandingan Mewarna. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En Hamdan Yahya, Pen Pengurus Bank Rakyat Rawang.

Larian 1 Murid 1 Sukan

Imej
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukanmemainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pemban...

Program Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2011

Imej
 13-28 Jun 2011, Bagi meraikan Hari Koperasi Sekolah 2011, pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak Koperasi SEPINTAR dan penyertaan terbuka untuk semua ahli koperasi sekolah. Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Roket Air, Spell Science Right, Boat Race, Car Race, Sudoku, Explorace dan pelbagai aktiviti lagi. Karnival turut akan diadakan pada 29 Jun ini bersempena dengan Majlis Penutup HKS 2011.  

Program Murid Thailand SEPINTAR bersama SMAKL

Imej
 23 Jun 2011, SEPINTAR pada hari ini menerima kunjungan Murid Thailand Kohort 4 bagi mengisi slot Minggu Orientasi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama seperti ice breaking dan explore race. 

Hari Sukan SEPINTAR 2011

Imej
20 Jun 2011, SEPINTAR telah berjaya melaksanakan Sukan Sekolah bertempat di Padang SEPINTAR. Pasukan rumah Hijau telah muncul Juara Keseluruhan 2011. Tahniah dan syabas.

Majlis Sambutan Pelajar Thailand Kohort 4

Imej
17 Jun 2011, Majlis Sambutan Pelajar Thailand yang baru telah diadakan bagi meraikan ketibaan mereka di SEPINTAR. Majlis turut dihadiri Wakil dari Kementerian Pelajaran Thailand serta YDP PIBG SEPINTAR.

Menjemput Pelajar Thailand Kohort 4

Imej
15-17 Jun 2011, Wakil dari SEPINTAR telah berangkat ke Hadyai untuk urusan menjemput murid-murid Thailand Kohort 4 yang merupakan ambilan kedua di SEPINTAR.

Pertandingan Akhir Forum Remaja Daerah Gombak

Imej
 14 Jun 2011, SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah Pertandingan Forum peringkat Daerah Gombak pada tahun ini yang disertai sebanyak 7 buah sekolah seluruh Gombak. Dalam pertandingan ini, pasukan Tuan Rumah telah dinobatkan sebagai Johan dan akan mewakili Daerah Gombak ke peringkat yang lebih tinggi. Tahniah dan syabas.

Program PKA Cuti Pertengahan Tahun

Imej
Bermula Cuti Pertengahan Tahun menandakan bermulanya Program PKA iaitu kelas yang disasarkan kepada pelajar Tingkatan 3 dan 5 sehingga 2 Jun 2011. Sesi diadakan di Dewan Besar dan Bilik Seminar. Program ini bertujuan memastikan pelajar sentiasa bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir dan tidak leka semasa Cuti Persekolahan.

Projek Pergola

Imej
1 Jun 2011, Pelajar-pelajar 5 DS pada hari ini telah menyiapkan 'Projek Pergola' yang merupakan sebahagian dari Kerja Kursus SPM 2011. Prijek ini juga dapat menyerikan persekitaran sekolah dimana binaan ini telah ditempatkan di susur ke Taman Herba. Projek di bawah seliaan Puan Yusliza ini mengambil masa lebih kurang 2 bulan untuk disiapkan dan diharapkan akan memberi kesedaran kepada peserta tentang aspek penting dalam pembinaan. Semoga mereka mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2011. 

Program Jalinan bersama Murid Orang Asli

Imej
 27 Mei 2011, Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Oleh itu bagi mencapai matlamat tersebut Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SBPI Rawang telah mengadakan program jalinan bersama murid orang asli bertempat di Pusat Latihan Orang Asli, Kluang Johor. Program ini dikendalikan oleh fasilitator dari kalangan pelajar SEPINTAR sendiri. Program jalinan ini memberi peluang kepada pelajar SEPINTAR menabur jasa dalam mempertingkatkan ilmu kerohanian dan keagamaan di kalangan murid orang asli. Bagi meningkatan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi pelajar orang asli mereka diberi peluang membuat persembahan secara berkumpulan. Disamping itu, bagi memperkukuhkan amalan solat, murid-murid orang asli didedahkan cara berwu...