I'm A Scientist, Get Me Out of Here Malaysia
22 Oktober 2013, Seramai 40 orang pelajar tingkatan 3 SEPINTAR telah menyertai program anjuran Akademi Sains Malaysia bertempat di Mobile Lab Chromebook SEPINTAR. Melalui program ini, pelajar dapat berinteraksi secara maya bersama 5 orang saintis yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang masing-masing. Pelajar dapat bertanya soalan dan berinteraksi melalui laman web yang telah dibangunkan. Program ini yang julung kali diadakan di Malaysia merupakan adaptasi dari Program I'm A Scientist, Get Me Out of Here, United Kingdom. Program ini berlangsung dari 21 Oktober - 1 November 2013 dan setiap sekolah perlu menempah slot untuk interaksi. SEPINTAR bertuah kerana telah terpilih mengikuti program ini yang melibatkan 5 sekolah sahaja seluruh Malaysia.
Program Penandaarasan Pengajian Tahfiz
Bidang Pengajian Islam mewakili pihak sekolah telah
melaksanakan Program Penandaarasan Pengajian Tahfiz pada 28 September 2013 di
SM Imtiaz Yayasan Terengganu, Dungun dan 30 September 2013 di MRSM Ulul Albab
Kota Putra, Besut Terengganu. Delegasi diketuai oleh Penolong Kanan Tn. Haji
Kamilen bin Marzoki dan 5 orang guru Pendidikan Islam. Program bertujuan
mempelajari kaedah pelaksaan pdp tahfiz yang akan dilaksanakan di SEPINTAR pada
tahun hadapan. delegasi diberi pendedahan yang terperinci oleh Pengetua kedua-dua
buah sekolah.
Hari Kebudayaan Bahasa Perancis kali ke-7 di SMS Tengku Muhammad Faris Petra
27 - 29 September 2013, Baru- baru ini 8 orang pelajar telah menyertai
Hari Kebudayaan Bahasa Perancis yang telah diadakan di SMS Tengku Muhammad
Faris Petra, di Pengkalan Chepa, Kelantan. Hari Kebudayaan tersebut berjalan
selama 3 hari. Terdapat pelbagai pertandingan yang telah diadakan sepanjang
berlansungnya Hari Kebudayaan ini. Pelajar SEPINTAR berjaya mendapat tempat
dalam beberapa pertandingan yang telah diadakan. Antaranya, mendapat tempat
kedua dalam pertandingan public speaking, tempat ketiga dalam pertandingan
Objet dans la classe, tempat kedua dalam pertandingan Jeu Concours dan tempat
kedua dalam pertandingan Dict'ee. Tahniah diucapkan
kepada semua peserta. Empat orang guru juga telah dihantar untuk menjadi
pemerhati kerana SEPINTAR akan menjadi tuan rumah bagi Hari Kebudayaan Perancis
kali ke-8 pada tahun 2015 nanti. Semoga SEPINTAR dapat melaksanakan
tanggungjawab ini dengan jayanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...









