Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

Majlis Persaraan Tn Hj Addenan bin Osman

Imej
 28 Jun 2019, Warga SBPI Rawang mengucapkan selamat tinggal kepada Yang Dihormati Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Al-Aqsa.

Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan

Imej
 22 Jun 2019, Peserta SBPI Rawang, Fatiha Aina telah muncul sebagai Johan Tilawah Al-Quran kategori Sekolah Menengah. Pertandingan telah diadakan di Perlis. Tahniah dan syabas.

20th Asia Oil Gas Conference Student Programme Grand Final 2019

Imej
 23-25 Jun 2019, SBPI Rawang telah menghantar wakil ke Conference yang telah berlangsung di Petrosains Negara. Kontigen SBPI Rawang telah menduduki tempat ke-3 Drone Project Challenge Award.

STEP National Innovation & Invention Exhibition 2019

Imej
  26 Jun 2019, SBPI Rawang telah menganjurkan STEP National Innovation & Invention Exhibition 2019 bagi mengetengahkan bakat reka cipta murid. Peserta jemputan dari sekolah luar (rendah & menengah) telah turut sama menyertai karnival ini. Sebanyak 58 penyertaan telah diterima pada kali ini. Pertandingan ini melibatkan beberapa orang pensyarah daripada universiti tempatan selaku juri pertandingan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Nor'Aidah Binti Nordin, Ketua Unit Latihan, Pusat STEM Negara, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus Pemulangan dan Peminjaman Buku kepada PPS Baru 2019

Imej
 25 Jun 2019, Gambar-gambar sekitar kursus yang telah dilaksanakan di Pusat Sumber SBPI Rawang.

Kem Tamrin Bersepadu Tingkatan 4 SBPI Rawang

Imej
  "Program Tamrin paling menarik sepanjang sejarah kami di Sepintar" Demikian komen para peserta kem Tamrin Bersepadu Tingkatan 4 SBPI Rawang yang berlangsung dari 21-23 Jun 2019. Kem ini gabungan usahasama Badar, Unit Kaunseling dan Disiplin dalam usaha membentuk karakter dan kemenjadian murid. Sepanjang kem pelbagai program dirangka seperti aktiviti semangat berpasukan, tazkirah kerohanian alumni Sepintar, bengkel teori komunikasi, qiam alhifzu, ceramah perdana daripada Penolong Kanan dan sebagainya. Program ini turut dijayakan alumni SBPI Rawang sebagai fasilitator.

MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) PERINGKAT DAERAH GOMBAK

Imej
KEPUTUSAN MAJLIS IHTIFAL SEKOLAH-SEKOLAH (MISS) PERINGKAT DAERAH GOMBAK SAM PAYA JARAS, SG. BULOH 22 JUN 2019 (SABTU) 💗 TAHFIZ AL-QURAN 👉 MENENGAH ATAS ; JOHAN : SMK SG PUSU *NAIB JOHAN* : SBPI RAWANG - Nur Hannah Mardhiah TEMPAT KE-3 : SAM RAWANG 👉 MENENGAH RENDAH ; JOHAN : SMK SG PUSU *NAIB JOHAN* : SBPI RAWANG -Muhammad Habib TEMPAT KE-3 : SMK BDR TASIK PUTERI 💗 QIRAAT SAB'A BIT TARANNUM 👉 MENENGAH ATAS ; *JOHAN* : SBPI RAWANG - Muhammad Muhaditheen NAIB JOHAN : SMK BDR TASIK PUTERI TEMPAT KE-3 : SAM PAYA JARAS 👉 MENENGAH RENDAH ; JOHAN : SMK TAMAN KERAMAT NAIB JOHAN : SMK SG. PUSU TEMPAT KE-3 : SAM RAWANG 💗KALIMATUS SOBAH 👉MENENGAH ATAS ; JOHAN : SAM PAYA JARAS *NAIB JOHAN* : SBPI RAWANG - Annur Zukhrina TEMPAT KE-3 : SBPI GOMBAK 👉MENENGAH RENDAH ; JOHAN : SAM PAYA JARAS NAIB JOHAN : SBPI GOMBAK TEMPAT KE-3 : SMK DARUL EHSAN 💗HIWAR 👉MENENGAH ATAS ; *JOHAN* : SBPI RAWANG - Amjad Fikri, Muhammad Rifqi, Amirul Ammar NAIB JOHAN : SBPI GOMBAK TEMPAT KE-3 : SAM RAWANG ...

Kursus Pertolongan Cemas Asas BSMM Peringkat Kebangsaan

Imej
 22 Jun 2019, Pasukan BSMM SBPI Rawang telah menyertai Kursus yang diadakan bertempat di SMS Hulu Selangor. Guru pengiring adalah Pn Norafidah. Berikut Pencapaian Pertolongan Cemas dan CPR: 1 Gold 2 Silver 1 Bronze