Kelantan International Indoor Archery berlangsung di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan pada 28-31 Disember 2016 menyaksikan Sepintar membawa pulang 2 pingat perak dan 3 pingat yang lain. Kejohanan ini adalah sebagai platform untuk mencari pemanah-pemanah bagi mewakili Malaysia ke Kejohanan Memanah Dalam Dewan di Bangkok pada bulan Disember ini. Seramai 4 orang pemanah Sepintar yg terdiri dari pelajar Tingkatan 1 akan mewakili Malaysia nanti.
Projek Go Green, Pertandingan 'Garden Bottles'
31 Ogos 2016, Semua peserta Pertandingan Garden Bottles yang terdiri daripada murid Tingkatan 1-4 telah memulakan kerja awal di kawasan letak kereta guru bersebelahan Dewan Al-Aqsa. Aktiviti seterusnya adalah untuk menanam pokok untuk membina taman mini di setiap kelas. Aktiviti ini merupakan sebahagian aktiviti dalam Projek Go Green .
Sambutan Malam Kemerdekaan
30 Ogos 2016, Sambutan pada tahun ini bermula selepas solat maghrib dengan bacaan yasin dan tahlil untuk pejuang kemerdekaan di Masjid Al-Qadisiah. Selepas Isyak, sedikit tayangan video dan ceramah "Kemerdekaan Dari Perspektif Islam" telah disampaikan. Sambutan telah dirasmikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Penutup sambutan, semua hadirin disajikan dengan hidangan ubi kayu rebus dan bihun sup di Dewan Makan. Semoga dengan sambutan ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan menanam rasa bersyukur di atas keamanan yang dikecapi.
Mesyuarat Pembinaan Pelan Strategik Sekolah2017-2020
26-28 Ogos 2016, Sesi mesyuarat seperti di atas telah diadakan di Star Points Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 16 orang guru telah bersama-sama bertungkus lumus menyediakan perancangan bagi 3 bidang utama sekolah. Mudah-mudahan pelan ini dapat dijadikan panduan kerja yang berguna untuk tahun-tahun seterusnya.
Japan Malaysia Student Exchange Programe 2016
17-19 Ogos 2016, SEPINTAR telah menjadi hos Program Pertukaran Pelajar Jepun-Malaysia anjuran National Soni Youth Outdoor Learning Centre Nara, Jepun dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Sukan Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan SBPI Rawang.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...



















