> SBPI Rawang: Anugerah Perekacipta Muda Harta Intelek Negara

Khamis, 4 Ogos 2016

Anugerah Perekacipta Muda Harta Intelek Negara



 2 Ogos 2016, SBPI Rawang telah menerima Anugerah Gangsa dalam Anugerah Perekacipta Muda Harta Intelek Negara menerusi projek From Waste to Wealth: Multifunction Composite from Waste Materials dibawah bimbingan Pn Marlina bt Mat Napes. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato Seri Hamzah bin Zainuddin bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Sekolah telah membawa pulang wang tunai RM3000, baucer paten bernilai RM1390 , pingat dan trofi. Sebelum itu pada 9 April 2016, bertempat di Pejabat Myipo Bangsar, sekolah kita telah berjaya mengalahkan 6 sekolah lain dan berjaya menjadi Johan Zon Tengah. Kemudian bersaing dengan 5 johan zon lain dan disenaraipendek sebagai top 3 kebangsaan. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP