Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2012

Imej
25 November 2011, Satu sesi temuduga untuk pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2012 telah berlangsung di SEPINTAR. Seramai lebih kurang 75 orang calon telah hadir untuk sesi ini. Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas perjalanan majlis oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR. Pihak Pentadbiran SEPINTAR mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir pada sesi temuduga ini.

Makluman Temuduga ambilan Pelajar Tingkatan 1 sesi 2012

Kepada semua pelajar yang namanya tersenarai di senarai pada pautan di bawah untuk menghadiri temuduga ambilan pelajar Tingkatan 1 sesi 2011 seperti ketetapan berikut: Tarikh         : 25 November 2011 Hari             : Jumaat Masa           : 8.30 pagi Tempat        : SBPI Rawang Pakaian       : Uniform Sekolah Lengkap Sila bawa dokumen berikut : 1. Sijil lahir pelajar 2. MyKad Pelajar 3. MyKad Ibubapa 4. Slip Gaji / Penyata pendapatan ibu dan bapa. Sijil-sijil asal: 1. Slip keputusan UPSR 2. Sijil Agama 3. Sijil Kepimpinan (pengawas/ketua kelas dll) 4. Sijil Sukan 5. Semua sijil kokurikulum /anugerah khas. Klik link untuk download senarai nama pelajar https://skydrive.live.com/?cid=5acff4183eddacb1&sc=documents&id=5ACFF4183EDDACB1%21122# ...

Majlis Penyerahan Wang Bantuan Pelajar oleh YB Shukor Idrus

Imej
 18 November 2011, YB Abdul Shukor Idrus, ADUN Kuang telah berbesar hati menghadiri majlis ini yang diadakan pada sebelah petang di Dewan Terbuka, SEPINTAR. Pada sesi ini pelajar-pelajar yang menerima adalah pelajar-pelajar Tingkatan 4. Hadir sama pada majlis ini, Tn Hj Zulkifli Baharom, YDP PIBG SEPINTAR.

Pemberian Wang RM 100 kepada Pelajar melalui Ibubapa.

Berhubung dengan perkara diatas Dijemput kepada semua ibubapa pelajar SEPINTAR untuk hadir ke sekolah bagi mengambil wang bantuan Kerajaan bernilai RM 100 seperti ketetapan berikut ; Tingkatan 1 hingga 3, 17 November 2011 jam 3-5 petang Tingkatan 4 , 18 November 2011 jam 3-5 petang (Majlis penyampaian akan disempurnakan oleh YB Abd Shukor Idrus, ADUN Kuang) *Ibubapa pelajar-pelajar tingkatan1 - 3 boleh terus membawa anak balik bercuti pada hari tersebut. *Ibubapa yang tidak dapat hadir /jauh boleh menulis surat mewakilkan kepada PKHEM, Pn Hjh Maimunah Ismail. Terima kasih..

Hari Kualiti SEPINTAR

Imej
2 November 2011, SEPINTAR telah mengadakan Hari Kualiti yang memberi pengiktirafan kepada semua dari Unit HEM, Kokurikulum dan Akademik. Pn Hjh Senaini Long, Pengetua Cemerlang SEPINTAR telah merasmikan majlis.

Ujirasa Tender Kantin

Imej
31 Oktober 2011, Bagi memenuhi kriteria pemilihan tender kantin sekolah untuk tahun hadapan, satu slot ujirasa telah diadakan bertempempat di bilik seminar SEPINTAR. 3 syarikat hadir pada sesi ini yang berlangsung bermula jam 10 pagi.