29 Julai 2015, SEPINTAR Talents Enrichment Programme merupakan salah satu aktiviti yang diadakan bagi memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat dan mengetengahkan hasil kajian serta penyelidikan kepada umum. Program yang diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Ahmad Ismail, Ketua Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia.
Majlis Iftar Jamaei SEPINTAR
11 Julai 2014, SEPINTAR telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaei melibatkan warga SEPINTAR serta para ibubapa murid-murid SEPINTAR. Kehadiran ibubapa serta keluarga amat membanggakan pada malam ini. Semua hadirin turut menunaikan solat Terawih berjemaah bersama Imam dari Syria.
Ceramah Nuzul Al-Quran
10 Julai 2015, Sekitar Ceramah Nuzul Al-Quran yang telah diadakan di Masjid Al-Qadisiah bersama semua warga SEPINTAR.
Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan
9 Julai 2015, Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya Ramadhan telah diadakan di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan seterusnya ucapan ringkas oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Penyampaian hadiah kepada murid-murid turut diadakan.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...

